PENA SANG HERBALIS : HAMBA KHALIQ

ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah,kemudian dia menjadikan kamu kuat,setelah itu menjadikan kamu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNYA dan Dialah yang mengetahui lagi Maha kuasa. Ar Ruum : 54

Alhamdulillah program Sijil Herbalis telah berlangsung secara selama 7 hari dengan sesi diskusi ilmu sains dan kedoktoran, konsep pembelajaran yang diterapkan adalah lebih kepada pemahaman peserta bukan sekali pembelajaran teori semata-mata.


Seperti biasa peserta dibekalkan dengan buku rujukan utama Prescription for Nutritional Healing di dalam menyiapkan tugasan. Pendekatan perbincangan diaplikasikan untuk menyiapkan para peserta dengan cabaran keilmuan moden dengan perubatan timur.

Menyedari bahawa cabaran dunia kedoktoran sedang dicabar dengan kebangkitan perubatan Ilmu Herba (perubatan Timur) Perubatan Jawi menyesuaikan corak pembelajaran untuk melahirkan pengamal Perubatan Jawi yang lebih berilmu dan berdaya saing dengan pengamal perubatan Moden.

Alhamdulillah walaupun pelajar agak kepenatan dengan aktiviti basikal yang menjadi kenderaan mereka ke kelas, namun tidak memudarkan suasana pembelajaran mereka. Syukur Alhamdulillah semua peserta sangat komited di dalam subjek yang diajarkan.

Buat semua herbalis, masih banyak yang perlu dikutip untuk menghadapi cabaran luar nanti. Nantikan kehebatan-kehebatan sebenar perubatan timur yang akan terungkap setelah mempelajari kehebatannya.


Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH pemilik alam ini kerana kita dipanjangkan umur untuk menikmati EidulAdha dengan meriah dan penuh rasa ketaqwaan kepada ALLAH,buktinya pada 20 Nov bersamaan 13 Zulhijjah 1431H terlaksanalah ibadah Korban yang diadakan oleh pihak Pengurusan HPA dengan kerjasama Komuniti HPA di Serendah.

Masjid yang tersergam indah menyambut mesra kedatangan kami ke sana. Alhamdulillah dijangka 700 orang penduduk sekitar datang untuk memeriahkan lagi sambutan majlis. Majlis dilengkapkan dengan Tazkirah "Kehebatan Ibadah Korban" yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Adnan bin Fadhil,Setiausaha Panel Syariah HPA. Antara isi ceramah beliau berkisar tentang hikmah berada di samping binatang korban,doa yang sunat dibaca, amalan sebelum dan selepas korban dan kaedah pengagihan daging korban mengikut syariat.



Alhamdulillah berkat kerjasama semua Majlis berjalan dengan lancar, 2 ekor lembu disembelih untuk diagihkan dagingnya dan sebahagian dimasak bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama masyarakat sekitar. Alhamdulillah sup "gear box" menjadi hidangan istimewa lengkap dengan acar nenas dan pembuka selera buah oren.

Pihak syarikat juga menganjurkan Pertandingan mewarna yang dibahagikan kepada 2 kategori,9 tahun ke bawah dan 12 tahun ke bawah. Pemenang diberikan hadiah berupa Wang Tunai,Hamper,minuman Bikarbonat serta pensel warna. Alhamdulillah sambutan diluar jangkaan.
Pihak syarikat merakamkan ucapan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada semua pemimpin yang hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

ALLAAHUMMA INNADLDLUHAA-A DHUHAA-UKA WAL BAHAA-A BAHAA-UKA WAL JAMAALA JAMAALUKA WAL QUWWATA QUWWATUKA WAL QUDRATA QUDRATUKA WAL ‘ISHMATA ‘ISHMATUKA ALLAAHUMMA IN KAANA RIZQII FISSAMAAI FA ANZILHU WA IN KAANA FIL ARDLI FA AKHRIJHU WA IN KAANA MU’SIRAN FAYASSIRHU WA IN KAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU WA IN KAANA BA’IIDAN FA QARRIBHU BIHAQQI DHUHAA-IKA WA BAHAA-IKA WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA AATINII MAA AATAITA ‘IBAADAKASHSHAALIHIIN.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuhaa adalah waktu dhuhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Inilah hikmah besar yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w , tanpanya kita tidak mungkin akan menyedarinya. Menurut hadis tersebut yang sesuai dengan kajian biologi, tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 360 ruas tulang.

Kalau setiap ruas itu memerlukan satu Subhanallah, satu Alhamdulillah, satu Allahu Akbar dan satu Lailahaillallah, maka setiap hari kita perlu berzikir sekian banyak.

Namun, dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.

Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di sampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.

Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan.

Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang da
n lain- lain.

Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha.Semoga ini tazkirah yang boleh mengingatkan kita semua tentang ganjaran dan manafaat yang ALLAH sediakan khas dan teristimewa untuk orang yang bercita-cita untuk mendapatkan Syurga ALLAH. Buat para herbalis, ini adalah amalan yang telah kita jadikan sebagai satu kewajipan.


Ungkapan sedih Pengarah Urusan didalam kuliah beliau baru-baru ini tentang para pengamal Perubatan Jawi yang tidak meletakkan suruhan ALLAH sebagai yang paling utama di samping perniagaan ini merakamkan sejuta kekecewaan beliau. Perniagaan ini membezakan peniaga mukmin dan peniaga biasa kerana amalan-amalan yang kita amalkan selama ini. Perniagaan ini mencontohi ulama' yang amilin, bukan ulama yang tidak beramal dengan ilmunya.contohnya Al-Mathurat yang dibawa oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang kita amalkan sejak 10 tahun yang dulu.Semoga kita,para Herbalis tidak melupakan amalan ini malah makin bertambah amalan seiring peningkatan bonus yang kita dapat. InsyaALLAH. Semoga dijiwa kita sentiasa disuburi dengan iman dan takwa kepada ALLAH Azzawajala.

video

Assalamualaikum wbt kepada semua Herbalis,Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi perasmian menara HPAiC sebagai mercu tanda kejayaan kita bersama telah selesai, sejuta kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Kelangsungan perniagaan yang berkonsepkan perjuangan ini mendapat sokongan yang begitu baik,buktinya sampai saat ini HPAiC tidak pernah berhenti dikunjungi walaupun masih banyak kekurangan yang sedang dipenuhi oleh pihak pengurusan. Syukur Alhamdulillah.


Matlamat menjadikan HPAiC sebagai Pusat Ilmu akan direalisasikan dengan pengemblengan tenaga dari semua pihak. Masyarakat Shah Alam juga sudah boleh menerima kehadiran kumpulan "Radix" di sana. Kakitangan HPA dengan imej bertudung labuh hitam,berjubah hitam tidak lagi dipandang pelik seperti mana di awal kehadiran kami.

Sokongan daripada PJS dan ahli sangat baik di dalam memacu penyebaran Produk Halal di kota besar ini. Alhamdulillah pihak pengurusan HPA akan cuba memberikan perkhidmatan terbaik ke arah merealisasikan cita-cita memartabatkan Thibbun Nabawi


Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada pemilik alam ini berserta segala isinya. Pemilik segala kemegahan dan kekayaan di dunia tempat persinggahan sebelum kembalinya kita semua ke alam yang kekal.

Melihat akan gahnya berdiri menara HPAIC di tengah-tengah kesibukan bandaraya Shah Alam, terselit rasa sebak dan herbalis larut dalam rasa syukur yang berpanjangan kepada ALLAH Azzawajala, seolah terngiang di telinga kata-kata Tuan Pengarah Urusan,Tuan Haji Ismail bin Ahmad "Kita berdagang dengan ALLAH, ALLAH akan beli dagangan kita". Inilah dia bukti kecekalan seorang herbalis di dalam memartabatkan herba dan perubatan Thibbun Nabawi.

"You kerja dekat mana?kalau bangunan baru tu Kopi Radix punya, Kopi Radix beli, kaya ooo Kopi Radix"ungkapan Uncle David sewaktu kunjungan ke Bandaraya Anggerik membuatkan herbalis melirikan senyuman panjang. Bercampur bahagia dengan ucapannya yang menjadi lambang kepada masyarakat majmuk di negara kita ini menerima dengan baik kehadiran warga HPA ke sana.

Perasmiaan yang akan diadakan pada 2 Oktober 2010 adalah sebagai tanda kepada bermulanya empayar perniagaan ini akan terus berkembang,insyaALLAH. Namun, sempadan dan garis panduan pesanan dari contoh teladan yang Agung, Rasulullah S.A.W bahawa "Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta,tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa" tetap menjadi menjadi panduan. Semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis dan berkongsi kegembiraan ini.InsyaALLAH mohon doa semua agar majlis ini berjalan lancar dan mendapat keberkatan.

Artikel ini dipetik untuk memperingatkan kembali kepada herbalis tentang apa yang kita perjuangkan,moga-moga kita tidak terkering idea di dalam menyampaikan dakwah kita kepada Umat Islam

Sebuah seminar anjuran Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya di ARMA. Panelnya, Dr.Pazim dari UM rupanya ayahanda sahabat saya, ukhti Norizan yang dikenali sejak kecil.

BABI adalah Bahasa Melayu. Tetapi jadi perkataan carut kerana bencinya umat Melayu-Islam terhadap BABI. Kerana umat Melayu-Islam ini telah dibentuk fikirannya oleh wahyu, maka nama binatang yang diharamkan syariat terus menjadi carutan yang jijik.

Maaf, dalam entri kali ini saya mahu gunakan perkataan Bahasa Melayu ni. BABI. Supaya saya dan anda lebih faham kerana ia bahasa ibunda kita. Supaya saya dan anda sedar betapa jijiknya dunia yang kita diami kini.

Kembali ke ARMA. Dalam slot kedua bengkel, Dr.Pazim tayangkan slideshow berkenaan makanan haram dan kegunaan BABI di dalam industri makanan dan pembuatan moden. Kerana kesuntukan masa, slide ditayangkan dengan agak laju dan tidak banyak yang saya sempat tangkap maklumatnya. Namun sedikit sebanyak ia tetap menambah arkib syubhah dalam kepala saya, sekaligus membuatkan saya rasa mahu tersembam ke bumi!

Soalan Dr.Pazim, " kenapa mereka ini suka sangat bela BABI? Sebab kegunaannya banyak! Kamu tengok ini ". Sebuah peta minda ditayangkan. Gambar seekor BABI di tengah-tengah dan senarai manfaatnya di sekeliling. Dari kulit ke isi perut,dari bulu ke tulang,semuanya benda yang selalu kita lumur ke tubuh dan kita sumbat ke tekak!

Antara bahan yang bersumber dari BABI ialah gelatin dari kulit BABI, 'bahan galian' di dalam penapis air dari tulang BABI, gliserin dari lemak BABI, dan food stabilizer yang digunakan dengan meluas di dalam makanan dan minuman, juga berasal dari BABI! Ada juga ubat-ubatan dan vaksin, alat solek, yang banyaknya tak mampu untuk saya rakam dalam sekali pandang.


Betapa ' bermanfaat 'nya khinzir kepada kita!!

Selain itu turut dibentangkan tentang makanan yang diubahsuai secara genetik, antaranya ayam dan beberapa jenis tumbuhan. Ia mudah dikenalpasti dengan label 'GMO' pada bungkusan. Makanan yang terubahsuai ini kononnya baik dan menguntungkan, sebenarnya ia hanya memudaratkan genetik anda dan kelak keturunan anda akan bertukar menjadi makhluk asing dan mutant!

Untuk lebih pasti,saya hanya sempat membuat satu tinjauan ke sebuah website. Ternyata maklumat yang saya terima adalah benar. Di bawah ini adalah salinan yang saya muat turun dari laman web Michigan Department of Agriculture :

It All Adds Up to the Versatile Pig Answer Key
Pig By-Products Math
Pigs are raised mainly for meat. Other parts of the pig's body are used to manufacture items, which are
called by-products.

1. Bones and skin from the pig are used to make gelatin and g l u e

2. Glycerin is used in making lipstick and c r a y o n s.

3. Glass and fertilizer can be produced from b o n e m e a l

4. Dried bones are used to make buttons and c h I n a dishes.

5. Pig pancreas glands are a source of insulin, which is used to treat
d I a b e t e s

6. Because it is like human skin, pig skin is used in treating b u r n s

7. Pigs can help humans who have growth problems through the use of their
h o r m o n e s

8. Pig heart valves have been implanted in human h e a r t s

Adapted from the Illinois Pork Producers Association, 6411 S. Sixth St., Springfield, IL 62707, (217) 529-3100 begin_of_the_skype_highlighting (217) 529-3100 end_of_the_skype_highlighting.


Apa yang saya tahu sebelum ini, antara bahan yang bersumber dari BABI ialah emulsifier (digunakan di dalam coklat,kek dan aiskrim), bulu yang dibuat berus gigi, kulit yang dibuat kasut. Jadi saya sedaya upaya cuba elakkan tiga perkara tersebut. Tapi selepas menonton slide Dr.Pazim, saya benar-benar sedar tiada apa benda yang boleh dimakan di dunia ini melainkan makanan ciptaan Allah: nasi, sayur dan ikan.

Saya pulang sambil termenung melihat kedai-kedai runcit. Tiada lagi yogurt dan minuman kotak yang saya gemari. Kerana jika diteliti makanan kita sekarang, dalam jus buah sekalipun ada ditambah food stabilizer. Shortening pula antara bahan pembaik roti yang saya selalu makan. Maka tiada peluang lagi untuk saya jamah makanan-makanan ini. Walaupun berat, saya akan mula jauhi benda-benda ini. Saya jadi insaf akan betapa kuatnya iman para sahabat yang terus melemparkan bejana arak tatkala ayat tahrim sampai ke telinga mereka radhiallahu'anhum. Saya tak mampu berbuat demikian! Namun walaupun beransur-ansur, saya tetap akan cuba.

Akhirnya saya temui kebenaran sabda Baginda Rasulullah s.a.w, dunia adalah penjara bagi mukmin. Rupanya ia penjara yang tidak disedari. Kita dikawal oleh kafir. Diberi makan dengan makanan mereka dan dipaksa hidup dengan cara mereka. Terpaksa beli barangan mereka dan terpaksa bekerja di premis-premis mereka. Bukankah ini perhambaan yang sebenar? Ibarat banduan di penjara yang terpaksa makan apa sahaja yang dihidangkan, guna sahaja bantal selimut yang disediakan tanpa sebarang pilihan. Kita pula guna sahaja handset dan laptop keluaran mereka tanpa sebarang pilihan. CEKIK sahaja 7up dan McD tanpa sebarang pilihan! Berbanding mereka yang terkurung di Gaza, kitalah sebenarnya yang terkurung dalam dunia acuan kafir!

Begitu juga sabda Baginda Nabi s.a.w, " Islam itu bermula dengan asing dan akan kembali asing,maka beruntunglah orang yang asing "... Mananya tak pelik dan asing kalau pergi kedai asyik membaca label. Orang sambar saja, yang dia sibuk nak perhati tulisan macam semut. Mananya tak pelik dan asing kalau orang semua suka lantak coke tiba-tiba dia seorang hendak boikot. Mananya tak pelik dan asing kalau orang lain mengubat senggugut dengan mirinda tapi dia sanggup berguling tahan sakit perut sebab boikot mirinda. Mananya tak asing...........

Tapi terasing di dunia yang sekejap ini apalah sangat berbanding duduk di halaqah Rasulullah di syurga yang kekal... Apalah sangat nilai cadbury berbanding satu doa mustajab yang menghancurkan tembok Gaza. Ingat sabda Baginda, MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG ASING......

Jangan sebut ayat "kalau macam tu, kita nak makan apa?". Banyak lagi makanan semulajadi kat dunia ini. Kita cuma perlu ubah mindset dan paradigma, kita cuma perlu berubah dan 'back to nature'. Memang makanan semulajadi pun sudah tidak berapa selamat tapi sekurang-kurangnya kita tau ia tak syubhah dan tak datang dari BABI! Sedar tak, datuk nenek kita dulu makan semua benda semulajadi dan lahirkan kita. Mati tak,tanpa snickers dan pepsi? Mati tak tanpa KFC? Tidak... Kita boleh berubah! Diriku, sahabat-sahabat, ayuh mula periksa makanan anda. Ayuh sucikan darah daging kita dari sumber haram dan BABI. Mudah-mudahan dari kita akan lahir generasi suci yang mendaulatkan TAUHID di mukabumi..

p/s: Dalam satu kursus lain di rumah Penang, ada pegawai JAKIM mengaku mereka tidak mampu untuk pastikan ayam KFC disembelih dengan betul mengikut syarak. Atau kata lainnya,mereka sendirtidak pasti yang KFC tu halal. Mereka pun tidak bagi anak-anak mereka makan KFC dan siap marah budak agama yang selalunya memenuhi KFC... Jadi kita bagaimana? Sudah tau hal ini, masih mahu makan lagi? Esok masa di hadapan Allah jangan jawab "Saya tidak tahu!"


dipetik dan disunting dari www.iluvislam.com oleh Ungufajar

ASSALAMUALAIKUM..KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, PENCINTA AL-QURAN, PENCINTA JALAN KEBENARAN, PENCINTA RASULULLAH DAN PENCINTA SUNNATUL RASUL..

HERBALIS JAWI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI KEPADA SEMUA AHLI BLOG DAN AHLI HPA YANG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN DI DALAM PERNIAGAAN MUJAHADAH INI.

MUJAHADAH, iya mujahadah di dalam memilih juadah, mencari yang halal di dalam makanan yang dihidangkan dirumah tetamu dan sanak saudara yang bakal kita kunjungi. Syukur dengan nikmat ilmu yang ALLAH kurniakan kepada kita sehingga kita terlebih dahulu sedar akan status makanan kita. "Sampaikanlah walaupun satu ayat", InsyaALLAH semoga kunjungan di hari barokah ini dijadikan sebagai satu medan dakwah untuk herbalis menyebarkan ilmu. Amin

Salam Eidulfitri buat semua umat Islam, mohon ampun dan maaf atas sebarang kesilapan sepanjang perkenalan kita.


Uttwiler spatlauber adalah spesies epal liar yang hampir pupus, tumbuh di kawasan terpencil di Switzerland, para saintis membuat kajian tentang herba yang disifatkan masam ini ternyata mempunyai kelebihan untuk kecantikan mahupun kesihatan.

Banyak kajian dilakukan terhadap kelebihan epal ini yang sangat baik untuk menumbuhkan semula sel-sel yang telah mati dan menyingkirkan kedutan. Herba ini juga di katakan boleh menumbuhkan semula rambut yang botak. Menarik bukan?

Klorofil ini juga diuji secara klinikal tidak mudah musnah apabila terkena cahaya Ultra Violet(UV). Larutan ekstrak
0.1% mampu meningkatkan sehingga 80% sel manusia.

Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh.

Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit. (Rujuk entri yang lepas tentang asidosis).

"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari.
InsyaAllah.

Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++.Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba..

dipetik dan disunting daripada blog Inilah Jalan Kami


video


Di petik daripada JawiMedHerb.

Air dari beras perang sangat baik untuk sakit sendi dan masalah di buah pinggang. Caranya seperti memasak nasi air. Minum pada waktu malam satu gelas. Batu karang juga boleh dihancurkan menggunakan kaedah ini. Ia juga sangat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan asid urid.

BERAS PERANG, suatu herba yang bermanaafaat besar namun disisihkan didalam pengambilan diet seharian. Pengalaman herbalis menikmati makanan ini di Pulau Tuba,Langkawi yang ternyata cukup enak dan lazat cumanya anda perlu memasak dengan kaedah yang betul. Sepanjang 4 hari menjejaki herba di pulau yang indah itu kami di beri peluang menikmati keenakan beras ini disamping khasiatnya dalam membantu penduduk sekitarnya menjaga kesihatan mereka.

Beras Perang mudah dikenali dengan warnanya yang agak berbeza daripada beras putih biasa yang kita gunakan sehari-hari. Perbezaan beras ini dengan beras putih biasa ialah ia tidak melalui proses pengilatan dan dibuang kulit ari-arinya. Beras ini mempunyai keseimbangan dan sangat baik digunakan di dalam perawatan.

Beras yang dituai dikupas kulitnya dan akan menampakkan lapisan dedak yang kaya dengan zat yang baik untuk tubuh badan kita. Khasiat sebenar beras terkandung didalam lapisan dedak dan embrio padi itu sendiri.

Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Kelebihan yang dapat dikenalpasti terkandung di dalam beras perang adalah ia mengandungi mineral magnesium yang bertindak sebagai bahan anti pengaratan di dalam tubuh badan, mengekalkan berat badan yang ideal, mengandngi selenium dan fiber sebagai anti kanser, menurunkan kolesterol dalam badan, juga sangat baik untuk wanita yang menopouse dan mengurangi penyakit kencing manis jenis tahap ke 2.

Jelas pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah. Justeru itu kata Lombart, beras perang sebenarnya wajar diambil oleh golongan remaja, dewasa mahupun warga emas. Ini kerana khasiat yang terkandung dalam beras perang menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung.

“Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.

“Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

“Kajian ke atas 74,000 wanita mendapati 49 peratus wanita yang mengambil beras perang tidak menghadapi masalah obesiti,” katanya.

Pihak HPA menyediakan beras perang dan juga beras organik untuk keperluan diet seharian. Sebagai herbalis yang menjadikan ubat sebagai makan inilah herba asas yang utama untuk disinergikan dengan herba lain yang kita ambil.




Dipetik daripada Buku Jawi Medicinal Herbs 3, Ke Arah Merealisasikan Perubatan Jawi


Selain dari belajar mengenal herba dan kegunaannya, sewajarnya seorang herbalis juga belajar mengenal diri sendiri. Pertama tentang hak pemilikan tubuhnya, milik siapa? Sudah semestinya tubuh itu dimiliki oleh yang mencipta diri. Pemilikan di sini ialah hak mutlak pencipta yang menciptakan dan ia mengikut tujuan yang satu kenapa ia diciptakan. Mengulas tentang pemilikan ini kita tidak boleh pergi jauh melainkan hanya kata yang layak dan tepat,ialah tiada sesuatu yang wujud melainkan menjadi bukti tentang kewujudanNYA.


Tidak hanya menjadi bukti tentang kewujudanNYA tetapi kita juga di minta menjadi saksi tentang hukum yang ditegakkanNYA."Saksi hukum" inilah yang dinamakan "ibadah" iaitu peraturan khas yang diperintahkan untuk dilaksanakan oleh manusia.


Kesimpulan awal jika kita mula untuk mengenal diri,maka fahamilah 2 perkara ini iaitu"diri anda menjadi saksi tentang kewujudanNYA dan saksi tentang penegakkan hukum-hukumNYA.

Sedar atau tidak kita dikelilingi herba, cukup untuk mencarinya di dapur kita dan Subahanallah manafaatnya sangat banyak untuk keperluan seisi keluarga. Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum L bersifat panas dan kering pada tingkat keempat. Ia memanaskan dengan kuat dan sangat mengeringkan, sangat bermanafaat untuk orang yang mempunyai masalah badan sejuk(dingin). Baunya juga merangsang untuk membuka selera makan.

BAHAN AKTIF
Bahan aktif yang terkandung di dalam herba ini antaranya adalah alisin, aliin, enzim allinase, asam nikotinat,allithiamin, besi, belerang,kreatin, kuprum,fosfor,saponin,kalsium,kalium,niasin, protien,vitamin A,B1 (thiamine),B2(riboflavin),vitamin C dan Vitamin D dan pelbagai bahan aktif yang melengkapkan potensi herba ini.
KHASIAT DAN MANAFAAT

Bawang putih mempunyai pelbagai khasiat antaranya menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan darah,berfungsi sebagai antibiotik, antioksidan, mencegah pembekuan darah, menurunkan kadar kolesterol, menurunkan paras gula di dalam darah, menstimulasikan sistem Imuniti, memanaskan badan, melancarkan pembuangan air kencing,dan lain-lain.



Sistem Pencernaan

Herba ini sangat baik untuk membantu pencernaan, kerana herba ini jika dimakan mentah akan merangsang merembes air liur untuk membantu pepsin (enzim pencernaan protien) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam badan. Herba ini sangat membantu perembesan enzim untuk proses pencernaan makanan yang kita ambil. Zat thiamine berfungsi untuk mencegah sembelit.
Pencegah Kardiovaskular

Herba ini berfungsi menurunkan kadar LDL di dalam darah, dan menghalang pembentukan plak di jantung,jadi pengambilan herba ini sebagai pencegahan kepada penyakit kardiovaskular.
Untuk fungsi penjagaan diri, getah bawang putih dikatakan sangat baik untuk tumit kaki yang pecah, caranya dengan menggosokan bawang putih yang telah dikupas di bahagian yang merekah, insyaALLAH tumit juga akan menjadi lembut. Herba ini juga sangat baik untuk luka yang bernanah,dengan menempelkan bawang putih yang telah dilumatkan ke luka yang telah bernanah, atau mencuci luka dengan bawang putih, namun rasanya sedikit pedih kerana bahan aktif aliisin berfungsi sebagai antibiotik yang menghalang pembentukan kulit,kuman dan bakteria.


Herba ini juga sangat baik untuk mengubati arterioclerosis,arthritis,asma, kanser, masalah peredaran darah, selsema, insomnia, sinusitis(Resdung) dan jangkitan kulat.
Namun, perlu di ingat Herba ini tidak boleh diambil oleh mereka yang menggunakan mesin Hemodialisis.

Keliru dengan makanan yang diambil?Apa yang menyebabkan badan semakin berasid sedangkan saya sudah mengambil herba. Untuk kupasan kali ini mari kita kenali makanan yang kita ambil sama ada berasid atau beralkali. Apa pula kesannya kepada badan kita? Para herbalis perlu mengingatkan pesakit tentang fakta bahawa 80% daripada penyakit bermula daripada Usus. Pastinya terlebih dahulu kita perlu melihat kepada pemakanan yang di masukkan ke dalam usus.



Kebanyakkan daripada pesakit yang ditemui di dapati mempunyai kadar asid yang tinggi dalam badan kerana faktor pemakanan yang tidak seimbang. Diagnos melalui kaedah iridologi herbalis boleh mengenal melalui garis ANW(Autonomic Nerve Wreath) akan kelihatan kesan kandungan asid yang tinggi dalam badan. Diagnos melalui tapak tangan juga akan dapat mengesan kandungan asid urik di dalam badan.



Menurut Dr Ragnar "Setiap orang memerlukan hidangan makanan yang terdiri daripada 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali". Sifat badan kita bergantung kepada makanan yang kita ambil dalam gizi pemakanan seharian. Badan yang sihat adalah sedikit beralkali (pH 7.3 ke 7.4). Kajian menunjukkan bahawa badan yang beralkali lebih mempunyai daya tahan tubuh yang tinggi di dalam melawan penyakit. Badan yang mengandungi kadar asid yang tinggi di dalam urea mempunyai kadar penyembuhan pelbagai penyakit adalah rendah berbanding badan yang mempunyai kadar asid yang rendah dalam urea mereka.



Badan beralkali adalah sistem pertahanan badan yang pertama di dalam badan kita. Badan yang terlalu berasid akan mempercepatkan proses penuaan, menurunkan sistem Imuniti(pertahanan badan), mudah jatuh sakit dan kemerosotan kepada sistem badan.

MAKANAN BERASID
Makanan ini akan mengalami proses asimilasi semasa pencernaan sehingga menghasilkan asid yang tinggi jika diambil secara berlebihan. Keadaan ini diburukkan lagi jika pesakit mengalami penurunan fungsi hati yang bertindak mencernakan lemak yang masuk ke dalam badan.



* Daging

* Ikan

* Ayam

* Udang

* Roti

* Tepung


Makanan dalam bentuk sayur-sayuran membekalkan alkali dalam badan. Buah-Buahan juga mempunyai nilai alkali yang tinggi disamping zat lain yang dibekalkan, contohnya fibre ataupun serat di dalam buah sangat membantu proses pencernaan dan sekaligus mengelakkan berlakunya sembelit dan buasir. Spirulina juga merupakan sumber alkali yang cukup tinggi untuk badan.

Oleh itu pengambilan herba, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat baik untuk menentukan paras asid di dalam badan. Pemakanan seimbang adalah sangat memberi kesan kepada tubuh badan baik dalam badan. Seimbang disini bermaksud memenuhi semua keperluan serat yang diperlukan oleh tubuh.


Ready to Drink Asam Jawa adalah produk terbaru yang dikeluarkan oleh HPA. Pasti minuman ini telah memberi satu lagi alternatif kepada anda untuk menikmati minuman sejuk yang sedia untuk diminum. Jom kita lihat kelebihan minuman kegemaran kita.

Nama saintifik bagi herba ini adalah Tamarindus indica daripada keluarga Fabaceae. Jus herba ini berfungsi untuk menyejukkan badan sehingga sangat baik untuk pengidap demam. Herba ini juga sangat membantu dalam memperbaiki sistem penghadaman.
Teras batang pokok ini digunakan sebagai ramuan bagi mengubati masalah hati, hilang selera makan, dan sembelit. Buah asam jawa bersifat anti peradangan yang digunakan untuk merawat barah gusi, rawatan penyakit seperti sakit kerongkong, batuk, lemah badan, sembelit dan juga peradangan payudara.
Bagi kaedah perawatan untuk peradangan gusi, metod yang digunakan adalah melalui balancing atau pengimbangan panas dan sejuk. Buah asam jawa ini yang bersifat sejuk/dingin ini di campur dengan kapur makan yang bersifat panas kemudian sapu di tempat peradangan. Bi iznillah penyakit dapat disembuhkan.

Kita telah bincangkan tentang tulang belakang kita yang menyimpan 1001 rahsia seseorang individu. Setiap herbalis perlu menguasai ilmu Pembetulan Tulang Belakang untuk memastikan kesan ubatan herba yang diamalkan boleh memberi manafaat di tahap optimum. Di dalam herba Perubatan Jawi untuk penjagaan tulang belakang sangat banyak dibekalkan dengan ubatan herba yang terbukti berkesan seperti Kapsul Radix, Kopi Radix, Shark Chartilage, Madu Radix dan pelbagai lagi ubatan yang telah di persiapkan dalam bentuk kapsul. Kapsul herba Tuju Angin juga baik untuk penjagaan tulang kita.


Ramai dikalangan kita yang mengadu sakit di bahagian belakang badan,pinggang disebabkan kerana cara kita mengelolakan pergerakan badan kita (Body movement). Pergerakan sewenang-wenangnya sangat memberi kesan kepada tulang kita. Ia akan menyebabkan dislokasi sehingga menimbulkan rasa sengal/nyeri di badan. Jika ia dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan gangguan yang lebih teruk kepada tulang.

Fahami bahasa tubuh agar kesihatan kita sentiasa di tahap optimum. InsyaALLAH,juga jangan lupa untuk bersyukur di atas nikmat sihat yang ALLAH berikan kepada kita. Amin

Sabda Rasulullah SAW:


"Sebaik-baik buah kurma adalah kurma Burni; ianya dapat menghilangkan penyakit dan tidak mengandungi penyakit" (HR. Ar-Rayyani, Ibnu Addi, Al-Baihaqi, Adh-Dhiya, Al-Uqaili, Ath-Thabrani, Ibnu An-Sani, Abu Nu'aim dalam Ath-Thib An Nabawi, dengan Status Hasan)



Menurut Kajian, Buah Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan kelebihan. Antaranya:


  • Bagi mereka yang ingin memiliki tubuh yang cantik, kurma amatlah sesuai kerana mempunyai kadar lemak yang rendah.

  • Buah kurma sangat baik buat individu yang kurang darah kerana kurma mengandungi Mineral yang tinggi.

  • Magnesium dalam Buah kurma dapat membantu meningkatkan kekebalan tubuh dalam melawan penyakit Kanser.

  • Fosfor dan Kalsium dalam kurma sangat baik untuk menguatkan tulang, gigi dan sistem seksual.

  • Buah Kurma dapat membantu mempertajam dan menjaga kelembapan mata kerana mengandungi vitamin A selain daripada mencegah penyakit rabun senja.

  • Buah Kurma menguatkan saraf-saraf pendengaran terutamanya bagi usia lanjut.

  • Buah Kurma boleh menjadi ubat penyakit hati, penyakit kuning, sakit gusi, bibir pecah, kulit kering, dan kuku pecah kerana mengandungi vitamin B.

  • Buah Kurma dapat digunakan untuk mengubati penyakit masalah pundi kencing, perut dan usus kerana mengandungi Vitamin B1,B2 dan Niyasine. selain itu juga ianya berfungsi untuk melembabkan dan melindungi usus dari sebarang jangkitan dan kelemahan.

  • Buah Kurma merupakan ubat bagi individu yang mengalami masalah Pembuangan Air Besar kerana ianya mengandungi serat selulosa yang membantu gerakan usus dalam melancarkan pembuangan air besar.

  • Kandungan garam alkali pada kurma juga dapat menstabilkan keasaman darah yang melebihi paras normal. jika tidak dinutralkan, keasaman darah boleh menyebabkan penyakit turunan (hereditary diseasea) seperti Batu Hempedu, Ginjal, dan Hipertensi. Buah kurma bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang menyusui berserta bayinya.

Kurma: Antara Agama dan Sains Moden

Pokok Kurma sudah ada sejak dahulu kala. Usianya barangkali setua usia manusia. Dalam sebuah penggalian Kubur Mesir Kuno, Zen Haret menemukan Mumia yang dibungkus dengan tikar yang diperbuat daripada pelepah kurma serta menemui sebiji buah kurma dalam salah satu perkuburan Saqqara di sekitar mumia-mumia yang berasal dari Era Empayar Pertama Mesir kuno (3200 tahun SM).

Selain penemuan arkeologi ini, banyak Biara Kristien Koptik (Mesir) yang menyimpan tulisan-tulisan yang menyebutkan kelebihan dan manfaat kurma. Buah Kurma turut disebut dalam Taurat, Talmud (kitab suci orang Yahudi) dan juga dalam Kitab Al-Quran. Malahan menurut pendapat (Kristien) dan kajian, Nabi Isa (Jesus) menggunakan dahannya sebagai lambang pedamaian.

Buah Kurma mengalami 5 tahap perkembangan yang memerlukan waktu sekitar 6 Bulan untuk menjadi Kurma Masak dan siap untuk dimakan.


Tahap Pertama disebut "Hababbuk @ Saddi". Pada peringkat ini kurma berbentuk bulat dan berasa pahit.


Tahap Kedua disebut "balah". Pada tahap ini, buah kurma mulai tumbuh dan memanjang, berwarna hijau dan berasa kelat/sepat.


Tahap Ketiga disebut "busr" ataupun "Khalal" dengan warna kuning kemerahan dan rasanya manis bercampur kelat/sepat.


Tahap Keempat disebut "Ruthab" iaitu ketika sebahagian buah kurma terkelupas dan berserat seperti daging, warnanya kuning keperangan seperti madu, lembut dan rasanya manis seperti gula.



Tahap Terakhir disebut "Tamar" dengan warna semakin pekat dan kulitnya berkerut.



Ketinggian Nilai pada Kurma

Sabda rasulullah SAW

"Jika salah seorang dari kamu berbuka puasa, maka sebaiknya ia berbuka puasa dengan kurma; kerana buah kurma itu berkat. Jika tidak menemukan buah kurma, maka (sebaiknya ia berbuka) dengan air kerana air itu menyucikan" (HR at-Timidzi dengan kedudukan Sahih)

Sabda Rasullulah SAW ini mengandungi nilai kemukjizatan yang telah dibuktikan oleh kajian dan penelitian ilmiah.


Kajian mendapati bahawa Buah Kurma memiliki zat gula yang paling tinggi sehingga menjadikan ianya makanan ideal untuk tubuh manusia. ini kerana 75%-87% adalah gula berkadaran tinggi dimana 55% adalah dalam bentuk glukosa dan 45% dalam bentuk fructose selain kadar protien, lemak, vitamin terutama vitamin A, B2 dan B12 serta beberapa mineral penting seperti Kalsium, fosforus, potasium, yodium, kobalt, zink, flourine, tembaga, magnesium dan sedikit sililose.


Fructose bertukar menjadi glukosa dengan cepat dan diserap secara langsung terhadap sistem pencernaan sehingga keperluan tenaga tubuh dapat terpenuhi terutama pada jaringan tubuh yang sangat bergantung pada glukosa misalnya sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang sum-sum.

Fructose dan Sililose memiliki efek tenaga Zink bagi menggerakan Vermicular usus. Disamping itu ianya juga sangat penting dalam menghantar nutrisi ke tempurung otak dan turut serta dalam pembentukan pensenyawaan fostat yang menyalurkan tenaga dan menghantarnya ke seluruh sel-sel tubuh.


Semua Vitamin yang terkandung dalam Buah kurma seperti Vitamin A, B1 dan B2, Biotine, Riboflotine dan lain-lain memiliki peranan aktif dalam proses asimilasi makanan. Vitamin ini juga berfungsi sebagai penenang saraf.


Mineral pula berperanan penting dalam pembentukan enzim yang digunakan dalam proses-proses utama tubuh di samping berperanan penting dalam menstabilkan asam alkali di dalam tubuh. Dengan demikian keteganan otot dan saraf akan hilang.

Selain itu juga, kajian juga mendapati Magnesium di dalam Kurma juga dapat mengatasi masalah Gejala Penuaan.


Disamping itu juga, kajian mendapati bahawa buah kurma mengandungi serat (Zat-zat Fiber) yang menjadi faktor terpenting dalam mengaktifkan gerakan usus dan elastiknya. Zat-zat fiber ini merupaka pencuci perut semulajadi seta sekali gus mencegah sembelit, gangguan pencernaan, dan masalah ragaman tubuh yang lain. Bahkan buah kurma merupakan Ubat Sembelit jika ditelan dengan air liur pada pagi hari.


Kurma Mentah (Balah Ruthab) juga mengandungi hormon Pitosine. Antara khasiat hormon ini adalah membantu menguatkan pembuluh darah pada rahim. Hormon ini membantu mencegah terjadinya pendarahan pada rahim.

Pada keluaran (15 April 2010) yang lepas kita telah membincang pengenalan buah pinggang kita, insyaALLAH para herbalis telah boleh mengenalpasti organ ini dengan baik. Kupasan kali ini kita akan membincangkan tentang kaedah detoksifikasi buah pinggang menggunakan produk Malac.


Sebelum kita bincangkan kaedah detox ini,kita selidiki dulu apakah kandungan herba Malac ini secara terperinci. Herba ini mempunyai komposisi 3 herba utama yang disinergi di untuk memberikan kesan optimum kepada penyembuhan buah pinggang. Herba yang digunakan adalah Mempelas(Tetracera Indica),Lalang(imperata Cylindrica) dan akar buluh. Sinergi ini mempunyai kesan diuretic yang kuat (pelawas kencing) serta mampu mengawal cairan di dalam tubuh.

Apakah kelebihan herba ini?
Kelebihan herba ini adalah untuk membersihkan batu karang dan sebagai filter/penapis daripada kesan aluminium hidroksida(ubat-ubatan kimia yang tersangkut di buah pinggang), herba ini yang bersifat diuretic yang kuat jadi ia memerlukan air yang mencukupi, herba ini juga bertindak sebagai anti-hipertensi,anti-inflamasi dan anti piretik serta ubat yang baik bagi pengidap anti gagal ginjal (bagi pesakit Diabetis melilitus,Hypertensi,sakit sendi dan lain-lain). Herba ini juga berfungsi sebagai pemecah batu karang dari jenis kalsium oksalat(hasil dari kolesterol), menolong menyingkirkan Monosodium Glutamat(MSG).

Herba ini boleh digunakan untuk pengganti kepada herba Ardisia bagi pesakit gout. Ia juga boleh diambil sebagai rutin 3 bulan sekali bagi pengamal ubatan kimia dan sebagai langkah awal pencegahan daripada penggunaan mesin hemodilisis. Para Herbalis juga perlu mengenal pasti jika terdapat tanda-tanda berikut pada pesakit,boleh dicadangkan malac sebagai herba yang sangat sesuai, situasi di mana air kencing mengandungi darah, berbuih, sakit ketika membuang air kencing, air kencing tidak berbau dan warna air kencing putih/jernih,juga baik bagi pesakit yang sukar membuang air kencing.

Detox Buah Pinggang
Kaedah rawatan yang boleh digunakan adalah kapsul Malac dibuka dan dicampurkan dengan air panas dan kemudiannya di minum, perlu diingat bahawa jumlah air yang diminum mesti sama dengan air yang keluar daripada badan kita melalui proses pembuangan kecil. Sebaik-baiknya digunakan madu bersama-sama untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Pesakit Hemodialisis
Bagi pesakit Hemodialisis, kaedah pengambilan herba ini sedikit berbeza iaitu melalui cara 3 biji kapsul di ambil 5 kali (3 x 5). Kapsulnya dibuka dan dimasukkan ke dalam air panas yang bertujuan untuk memecahkan dinding solulose bagi memdapatkan bahan aktif herba yang ada. Bancuh herba tersebut dan biarkan herba itu mendap kemudian barulah di minum, buang mendapan yang telah diminum airnya.
Bagi pesakit hemodalisis elakkan daripada pengambilan ubat yang bersifat pahit, kerana herba jenis ini akan membekukan darah. Contoh herba yang pahit adalah Plantisol, Vitex, D'Det dan lain-lain.(rujuk juga kepada tajuk Hati-hati Dalam Penggunaan Herba)
Kita juga boleh mengenalpasti kesan-kesan daripada penggunaan Mesin Hemodialisis kepada pesakit.
1)kerosakan kepada kelenjar paratyroid
2) kulit tua dan kehitaman
3) kuku mejadi kecil dan pendek

Apakah fungsi kelenjar paratyroid? Fungsi kelenjar ini adalah untuk mengawal kalcium di dalam darah dan tulang kita. Kelenjar ini terlihat kecil tetapi fungsinya sangat besar dan pastinya berbeza dengan fungsi kelenjar tyroid yang ALLAH tugaskan untuk menjaga,mengawal atur metabolisme tubuh.Menarik bukan?


Menurut Sumber yang dipetik daripada Dr Abdullah Abd Hamid Diyab dan Dr Ahmad Qurquz, Ma'a ath-Thibb fi Quran al-Karim menyatakan beberapa kelebihan dan khasiat mengapa perlunya diambil buahan terlebih dahulu sebelum memakan sesuatu yang lain.


Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan mempunyai manfaat perubatan yang baik kerana buah-buahan mengandungi gula rendah kalori (sakakir Basithah) yang mudah dicerna dan diserap sehingga usus kita mampu menyerap gula ini dalam waktu yang singkat dalam beberapa minit berbanding mereka yang memakan makanan tanpa mengambil buah-buahan terlebih dahulu, usus memerlukan kira-kira 3 jam bagi membolehkan penyerapan gula dapat dilakukan oleh usus.


Selain kemudahan untuk dicerna dan diserap, kandungan rendah kalori menjadikan buah-buahan sebagai sumber utama tenaga bagi sel-sel tubuh antaranya alviolus perut (bulu lambung) dan dinding usus. dengan bekalan gula rendah kalori ini, kedua sel dalam tubuh ini dapat berkerja seoptimum mungkin dalam menyerap kepelbagaian jenis makanan yang dimakan setelah buah-buahan.


inilah antara Kelebihan bagi mereka yang mengamalkan pemakanan buah-buahan sebelum memakan makanan lain.

video


Secara umum,tulang mempunyai 26 disc dari tengkuk hingga ke pinggang,iaitu 12 di bahagian toraks atau dada,7 di bahagian tengkuk dan 5 di bahagian tulang lumbar atau tulang belakang pada bahagian pinggang.

Kenalpasti sakit yang dialami, jika sakit dengan rasa tidak selesa berlangsung untuk beberapa hari, mungkin kesakitan anda tidak serius. Namun anda perlu prihatin andai ianya berlarutan untuk tempoh yang panjang hingga melebihi enam minggu diikuti rasa sengal dan kebas di seluruh bahagian kaki. Anda mungkin sedang mengalami disc tergelincir (spinal disc herniated/prolapsed) di bahagian tulang belakang.

Bagaimana disc tergelincir berlaku?
Sakit di tulang belakang terbahagi kepada dua jenis iaitu spinal disc herniated/prolapsed dan spondylosis. Spinal Disc Herniated atau disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc intervertabral). Disc intervertabral boleh diumpamakan sebagai sekeping tulang lembut yang berada di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalam tisu ini terkandung sejenis bahan yang lembut disebut (nucleus polposus).

Apabila berlaku kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan berlaku kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya ia akan menjadi bengkak dan seringkali pecah pada disc intervertabral. Pembengkakan yang berlaku ini akan menekan urat saraf di belakangnya,lebih serius lagi apabila annulus fibrosus pecah dan mengeluarkan isinya (nucleus polposus) dan menekan urat saraf. Tisu yang mengandungi bahan ini (nucleus polposus) adalah bahan yang bersifat inflammatori (peradangan). Apabila ini berlaku pesakit akan merasai kesakitan yang teramat sangat dan merebak hingga ke kaki. Pesakit juga akan merasa kebas dan lemah kaki.

Apakah fungsi disc intervertebral ini?
Disc intervertebral berfungsi sebagai penyerap hentakan apabila kita melakukan aktiviti seharian samaada melompat atau hentakan. Disc intervertebral juga boleh berlaku di bahagian lain seperti leher tetapi kes yang biasa berlaku adalah di pinggang.
Tulang belakang mempunyai fungsi yang sangat besar di dalam keseluruhan pergerakan dan sistem yang ada di dalam badan. ALLAH melengkapkan saraf tunjang ini dengan fungsi yang luar biasa hebat sehingga untuk beriman kepada ALLAH cukup dengan melihat di tubuh badan kita sahaja. InsyaALLAH kita akan membincangkan lagi kaitan di antara tulang belakang dan semua organ yang ada di dalam tubuh kita.InsyaALLAH.


30 % DARIPADA 100 PRODUK KESIHATAN DIUJI USM TIDAK HALAL

Kenyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar tempatan bertarikh 2 November 2009,ujian dilakukan di Makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia(USM)mendapati 30% daripada 100 produk kesihatan di pasaran tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul daripada KULIT BABI.

Gelatin merupakan suatu campuran protien diekstrak daripada kulit binatang.Ia digunakan sebagai sarung kapsul untuk ubat-ubatan.

Prof.Madya Dr Syed Azhar syed Sulaiman,Dekan Fakulti berkata,"kebanyakan produk yang diuji tidak halal oleh pihaknya boleh diperolehi di pasaran tempatan.Malah kebanyakan produk farmaseutikal yang dijual di negara ini mengatakan produk mereka HALAL tetapi hakikatnya kita tidak tahu kerana tiada sebarang mekanisma digunakan untuk menentukan perkara itu."

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar gelatin Halal,di dapati bahawa terdapat beberapa buah kilang gelatin dunia yang mengeluarkan gelatin halal secara berkelompok (in batches)di dalam kilang yang sama. Situasi ini akan mengakibatkan kontiminasi(pencemaran/keracuanan) yang sangat tinggi kerana adalah sangat mustahil sesuatu kilang gelatin dapat mengasingkan sumber babi dan sumber lembu dari mula pemprosesan hingga menghasilkan produk siap.

Bagaimana pula dengan tangki-tangki dan peralatan yang telah memproses tulang babi? Adakah mereka melakukan proses 'samak' ke atas semua peralatan tersebut? Terdapat juga kilang gelatin yang mengakui diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam tetapi menggunakan campuran sumber babi dan lembu. Seterusnya,bila kilang gelatin yang menggunakan tulang lembu adakah haiwan itu disembelih mengikut syariat Islam?

Faktanya,kilang kapsul yang menggunakan gelatin halal hanyalah 2% daripada pengeluaran gelatin dunia.Ledakan pasaran HALAL yang berlaku sekarang ini menyebabkan semua pihak melihat isu ini sebagai satu peluang tanpa melihat kepada persoalan pokok kita dalam beragama,halalkah produk yang diambil?Sama-sama kita martabatkan produk halal kita.


Assalamualaikum..buat semua herbalis dan pembaca laman ini, satu lagi perkongsian yang boleh dimanafaatkan bersama ialah pantang larang dalam menggunakan herba. Dipetik daripada Jawi Medicinal Herbs. Perlu sangat diperhatikan apabila pesakit kita telah menggunakan ubatan kimia atau perawatan moden perlu diingatkan bahawa terdapat herba yang sangat ditegah digunakan bersama, sangat penting untuk ilmu ini dikuasai oleh semua pengamal Herba.

minyak bawang putih
Minyak bawang putih(garlic) tidak boleh digunakan pada pesakit yang sedang mengamalkan ubat pencair darah. Kesannya boleh menyebabkan berlakunya lumpuh. Herba Garlic ini mempunyai kesan yang kuat untuk mencairkan darah. Bila darah kita terlampau cair akan menyebabkan perkara ini terjadi. Jadi berhati-hati semasa menyarankan herba ini kepada pesakit,paling penting pesakit perlu didiagnos terlebih dahulu dan herbalis perlu mendengar keluhan-keluhannya kerana disitulah kita perlu meneliti perawatan dan herba yang sesuai untuknya.

Suka juga kita mengingatkan para herbalis bahawa Perubatan Jawi mengamalkan konsep CAUSATIVE TREATMENT bukan SYMPTOMATIC TREATMENT,jadi kita perlu sangat cermat dan teliti di dalam perawatan yang dilakukan.

Seterusnya kita perlu berhati-hati dengan herba yang bersifat pahit seperti patawali,mengkudu,hempedu bumi,mahogany, peria dan lain-lain. Herba-herba ini tidak boleh diberikan kepada mereka yang sedang menjalani perawatan hemeodialisis(mesin mencuci buah pinggang). Ini akan menyebabkan darah menjadi mudah beku apabila perawatan dilakukan.


Herbalis juga pasti akan sangat memperhatikan gaya makannya,keluarganya,saudara mara serta seluruh umat Islam atas dasar prihatin kerana berpegang kepada prinsip "prevention is better than cure". Rasulullah juga sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan langkah-langkah penjagaan kesihatan sebelum berlakunya satu-satu penyakit. Bersama-sama kita meningkatkan kualiti kesihatan kita untuk membarisi perjuangan Ummah sehingga akhir zaman.Amin

Alhamdulillah, semoga usaha yg dilakukan oleh pengkaji-pengkaji herba di tanah air kita spt Herbalis Jawi diberkati Allah. Inilah sebagaimana yg disarankan oleh Ulama Besar nusantara yg mahir dlm pelbagai ilmu, setaraf dgn para ulama antarabangsa di masa beliau, iaitu guru bagi Tuk Kenali yg bernama Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zain AlFathani. Beliau bergelar ‘Asadul Makkah’ (Singa Mekah) kerana kealimannya. Kitab-kitab karangan beliau dlm pelbagai ilmu versi Melayu dan Arab. Begitu mahir dlm ilmu tatabahasa Arab, Feqah dll sehinggakan beliau mengarang syair-syair Arab dlm ilmu Nahu (tatabahasa Arab) dan sebagainya.

Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zain pernah bercita-cita dan berdoa supaya Allah memberi hidayat kpd seseorang daripada kalangan anak bangsa untuk menerokai kazanah herba di bumi kita yg tercinta, seperti yang disebut dlm kitab karangan beliau tentang Ilmu Tibb (perubatan) dan ubat-ubatan herba yg berjudul ‘Tayyibul Ihsan Fi Tibbil Insan’ m/s 4, berbunyi:

“ Dan Kami telah harap (menaruh harapan) bhw Allah membuka hati seseorang yg mempunyai hemmah (semangat) yg tinggi, maka dia bersungguh-sungguh mencuba (mengkaji) beberapa pohon kayu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain yang terdapat di bumi Melayu. Dan dia memeriksa (membuat penyelidikan) pada demikian itu (pohon kayu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain yg terdapat di bumi Melayu), maka dia menyurat (buat catitan) beberapa faedah, khasiat, pangkat (status) tabiatnya dan kaifiat (cara) penggunaannya spt yg dilakukan demikian itu oleh Hukama (para cerdikpandai) Yunani….” (nukilan secara sedikit ubahan kpd Bahasa Malaysia Moden).

Keberkesanan tumbuhan hijau Negara kita memang telah terbukti sebagaimana yang saya sendiri pernah melihatnya situasi yg berlaku kpd bapa saya di mana setiap kali apabila membuang air besar, keluar darah bersama najis. Sehinggakan kakak saya seorang doktor telah habis ikhtiar dgn ubatan2 moden dan mengesyorkan supaya diambil sedikit daging di bahagian tempat keluar najis untuk dibuat kajian. Kami tidak bersetuju tindakan sedemikian, hinggalah di beritahu bahawa untuk menghilangkan penyakit ini ialah dgn air tanah liat yg diheningkan semalaman serta dicampur dgn ‘Rumput Pahit’ (istilah orang kelantan) yg tumbuh dipadang (campuran yang menyebabkan air tanah liat itu menjadi hijau,dibuat minum). Ianya sangat mujarrab sehinggakan adik saya mengalami penyakit sebegitu yg lebih teruk drp apa yg dialami oleh bapa kami, bahkan kakak saya yang merupakan doktor perubatan itu juga yang mengalaminya, disembuhkan dgn herba campuran tersebut.

Kerana itulah, Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zin Al-Fathani menyarankan supaya tumbuhan-tumbuhan di bumi Negara kita dibuat penyelidikan. Inilah keberkatan doa drp Ulama Besar lagi Waliyullah yg dapat kita lihat pada hari ini bahawa anak bangsa kita telah bersungguh-sungguh membuat kajian. Alhamdulillah…

Berhati-hati pada ubat-ubatan bahan kimia yg mempunyai kesan sampingan yang ketara, yang mengandungi bahan khinzir dan sebagainya dan begitu juga makanan2 yang akan masuk ke dlm tubuh kita, kerana Nabi SAW pernah bersabda, mafhumnya: “Setiap daging yg tumbuh/terjadi daripada perkara haram, maka neraka-lah tempat yg utama untuknya.”
sekadar coretan…wslm

Komentar Dari Herbalis Jawi,
Nah! para herbalis bukti yang jelas lagi bersuluh,usaha-usaha anda bukanlah sia-sia,bukan juga kecil,malah bukan juga picisan tetapi kalianlah insan terpilih untuk mengisi kekosongan 'Jawatan' yang ditawarkan oleh ALLAH. Terharu membaca petikan dari ulama besar kita yang awal lagi telah mendoakan perjuangan kita ini.

Bersama-sama kita berdoa semoga Syarikat kita terus berkembang pesat ke arah memartabatkan Thibbun Nabawi dan ALLAH merahmati semua pemimpin dan ulama yang kita sanjung untuk terus memimpin jalan dakwah ini.Amin.


Buah Pinggang atau ginjal adalah merupakan organ yang sangat luar biasa di dalam sistem tubuh badan. Ia berbentuk seperti kacang merah dengan panjangnya hampir 10 cm, ia terletak di belakang perut dan hati,di tengah punggung dengan dengan tulang belakang. Organ ini berfungsi menapis bahan-bahan yang ada di dalam darah, manakala bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh dibuang sebagai urin atau air kencing. Bahan-bahan yang diperlukan diserap kembali oleh ginjal dan disalurkan ke seluruh tubuh. Menarik bukan?

Sekarang kita lihat fungsi organ ini:
1)pembuangan Urine
2)pembuangan kotoran yang terdiri daripada urea kreatinin
3)Pengeluaran air yang berlebihan di dalam badan
4)pengimbangan bahan elektrolit seperti sodium,potassium dan mineral yang lain.


Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan ginjal:
1) Darah tinggi
2) Batu karang
3) buah pinggang gagal berfungsi dengan baik
4) peradangan pada glomerulus

Komplikasi yang timbul jika pemakanan tidak dijaga
1)protein yang berlebihan-akan meningkatkan penghasilan bahan kotoran(urea kreatinin di dalam tubuh,jika tidak dibuang akan menyebabkan keracunan
2) Natrium yang berlebihan-akan mengakibatkan berlakunya edema(bengkak air)
3) Potassium yang berlebihan-akan menyebabkan gangguan otot terutama otot jantung(jadi tak normal)


*Sumber protien - Daging,telur ayam,itik,kerang,ikan,tauhu,paru-paru,susu tepung,ketam,udang dan lain-lain

*Sumber Natrium Potassium - kicap,sos tiram,budu,cincaluk,ikan masin,ikan bilis,telur masin,serbuk perasa dan lain-lain

Produk-produk HPA yang digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang adalah :
1) Malac
2) Teh Herba
3) Pelawas
5) Kopi Radix
dan pelbagai persediaan herba yang ada di dalam HPA

Peranan buah pinggang sangat penting di dalam pengamal Herba kerana kelangsungan fungsi organ ini akan memastikan herba berfungsi dengan baik. Jagalah buah pinggang kita

Hadith kudsi yang dipaparkan dalam majalah Solusi isu no.18. Masruq bin Al-Ajda meriwayatkan " Suatu hari saya mengunjungi Saidatina Aishah RH, baginda menghidangkan makanan dan berkata:"ketika aku makan hingga kenyang aku selalu menangis." saya seraya bertanya:"Mengapa Engkau menangis wahai ummul mukminin?" Saidatina Aishah menjawab :"Aku teringat keadaan ketika Rasulullah SAW meninggal dunia. Demi ALLAH, beliau tidak pernah makan roti dan daging hingga kenyang sebanyak dua kali dalam sehari".(HR Tarmizi).

Rasulullah sangat menjaga akhlaknya dalam apa jua perkara yang dilakukan baginda sehari-hari. "Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak yang harus kamu penuhi."(Muttafaqun 'alaih). Di antara hak tubuh yang perlu kita tunaikan adalah memberinya makan jika lapar, mengistirehatkannya bila letih, membersihkannya bila kotor, melindungi daripada penyakit, serta tidak membebankannya makanan yang berat. Tidak dilupakan,kita wajib memastikan tiada makanan yang haram dan memudharatkan di masukkan ke dalam perut kita.

Rasulullah juga menggalakkan kita untuk memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum memakan nasi(sesuatu yang berat) kerana melalui penelitian membuktikan bahawa memakan buah-buahan terlebih dahulu,perut akan mengeluarkan enzim pencernaan untuk menyerap nutrien yang di makan.

Pola Hidup Rasulullah sangat indah untuk dipelajari dan diamalkan. InsyaALLAH kita bermula dengan sedikit tetapi istiqamah semoga kita tergolong daripada Herbalis yang akan menerima syafaat dari Penghulu Rasul,Muhammad SAW.Amin

About this blog

About Me

Sebarang Persoalan atau permasalahan bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di HPA TRAINING,IT & MULTIMEDIA. Semua Maklumat yang dipaparkan dirujuk dari Perubatan Jawi(sumber utama) dan pelbagai sumber

Followers

There was an error in this gadget

Search