PENA SANG HERBALIS : HAMBA KHALIQ

ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah,kemudian dia menjadikan kamu kuat,setelah itu menjadikan kamu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNYA dan Dialah yang mengetahui lagi Maha kuasa. Ar Ruum : 54

Sabda Rasulullah SAW:


"Sebaik-baik buah kurma adalah kurma Burni; ianya dapat menghilangkan penyakit dan tidak mengandungi penyakit" (HR. Ar-Rayyani, Ibnu Addi, Al-Baihaqi, Adh-Dhiya, Al-Uqaili, Ath-Thabrani, Ibnu An-Sani, Abu Nu'aim dalam Ath-Thib An Nabawi, dengan Status Hasan)



Menurut Kajian, Buah Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan kelebihan. Antaranya:


  • Bagi mereka yang ingin memiliki tubuh yang cantik, kurma amatlah sesuai kerana mempunyai kadar lemak yang rendah.

  • Buah kurma sangat baik buat individu yang kurang darah kerana kurma mengandungi Mineral yang tinggi.

  • Magnesium dalam Buah kurma dapat membantu meningkatkan kekebalan tubuh dalam melawan penyakit Kanser.

  • Fosfor dan Kalsium dalam kurma sangat baik untuk menguatkan tulang, gigi dan sistem seksual.

  • Buah Kurma dapat membantu mempertajam dan menjaga kelembapan mata kerana mengandungi vitamin A selain daripada mencegah penyakit rabun senja.

  • Buah Kurma menguatkan saraf-saraf pendengaran terutamanya bagi usia lanjut.

  • Buah Kurma boleh menjadi ubat penyakit hati, penyakit kuning, sakit gusi, bibir pecah, kulit kering, dan kuku pecah kerana mengandungi vitamin B.

  • Buah Kurma dapat digunakan untuk mengubati penyakit masalah pundi kencing, perut dan usus kerana mengandungi Vitamin B1,B2 dan Niyasine. selain itu juga ianya berfungsi untuk melembabkan dan melindungi usus dari sebarang jangkitan dan kelemahan.

  • Buah Kurma merupakan ubat bagi individu yang mengalami masalah Pembuangan Air Besar kerana ianya mengandungi serat selulosa yang membantu gerakan usus dalam melancarkan pembuangan air besar.

  • Kandungan garam alkali pada kurma juga dapat menstabilkan keasaman darah yang melebihi paras normal. jika tidak dinutralkan, keasaman darah boleh menyebabkan penyakit turunan (hereditary diseasea) seperti Batu Hempedu, Ginjal, dan Hipertensi. Buah kurma bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang menyusui berserta bayinya.

Kurma: Antara Agama dan Sains Moden

Pokok Kurma sudah ada sejak dahulu kala. Usianya barangkali setua usia manusia. Dalam sebuah penggalian Kubur Mesir Kuno, Zen Haret menemukan Mumia yang dibungkus dengan tikar yang diperbuat daripada pelepah kurma serta menemui sebiji buah kurma dalam salah satu perkuburan Saqqara di sekitar mumia-mumia yang berasal dari Era Empayar Pertama Mesir kuno (3200 tahun SM).

Selain penemuan arkeologi ini, banyak Biara Kristien Koptik (Mesir) yang menyimpan tulisan-tulisan yang menyebutkan kelebihan dan manfaat kurma. Buah Kurma turut disebut dalam Taurat, Talmud (kitab suci orang Yahudi) dan juga dalam Kitab Al-Quran. Malahan menurut pendapat (Kristien) dan kajian, Nabi Isa (Jesus) menggunakan dahannya sebagai lambang pedamaian.

Buah Kurma mengalami 5 tahap perkembangan yang memerlukan waktu sekitar 6 Bulan untuk menjadi Kurma Masak dan siap untuk dimakan.


Tahap Pertama disebut "Hababbuk @ Saddi". Pada peringkat ini kurma berbentuk bulat dan berasa pahit.


Tahap Kedua disebut "balah". Pada tahap ini, buah kurma mulai tumbuh dan memanjang, berwarna hijau dan berasa kelat/sepat.


Tahap Ketiga disebut "busr" ataupun "Khalal" dengan warna kuning kemerahan dan rasanya manis bercampur kelat/sepat.


Tahap Keempat disebut "Ruthab" iaitu ketika sebahagian buah kurma terkelupas dan berserat seperti daging, warnanya kuning keperangan seperti madu, lembut dan rasanya manis seperti gula.



Tahap Terakhir disebut "Tamar" dengan warna semakin pekat dan kulitnya berkerut.



Ketinggian Nilai pada Kurma

Sabda rasulullah SAW

"Jika salah seorang dari kamu berbuka puasa, maka sebaiknya ia berbuka puasa dengan kurma; kerana buah kurma itu berkat. Jika tidak menemukan buah kurma, maka (sebaiknya ia berbuka) dengan air kerana air itu menyucikan" (HR at-Timidzi dengan kedudukan Sahih)

Sabda Rasullulah SAW ini mengandungi nilai kemukjizatan yang telah dibuktikan oleh kajian dan penelitian ilmiah.


Kajian mendapati bahawa Buah Kurma memiliki zat gula yang paling tinggi sehingga menjadikan ianya makanan ideal untuk tubuh manusia. ini kerana 75%-87% adalah gula berkadaran tinggi dimana 55% adalah dalam bentuk glukosa dan 45% dalam bentuk fructose selain kadar protien, lemak, vitamin terutama vitamin A, B2 dan B12 serta beberapa mineral penting seperti Kalsium, fosforus, potasium, yodium, kobalt, zink, flourine, tembaga, magnesium dan sedikit sililose.


Fructose bertukar menjadi glukosa dengan cepat dan diserap secara langsung terhadap sistem pencernaan sehingga keperluan tenaga tubuh dapat terpenuhi terutama pada jaringan tubuh yang sangat bergantung pada glukosa misalnya sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang sum-sum.

Fructose dan Sililose memiliki efek tenaga Zink bagi menggerakan Vermicular usus. Disamping itu ianya juga sangat penting dalam menghantar nutrisi ke tempurung otak dan turut serta dalam pembentukan pensenyawaan fostat yang menyalurkan tenaga dan menghantarnya ke seluruh sel-sel tubuh.


Semua Vitamin yang terkandung dalam Buah kurma seperti Vitamin A, B1 dan B2, Biotine, Riboflotine dan lain-lain memiliki peranan aktif dalam proses asimilasi makanan. Vitamin ini juga berfungsi sebagai penenang saraf.


Mineral pula berperanan penting dalam pembentukan enzim yang digunakan dalam proses-proses utama tubuh di samping berperanan penting dalam menstabilkan asam alkali di dalam tubuh. Dengan demikian keteganan otot dan saraf akan hilang.

Selain itu juga, kajian juga mendapati Magnesium di dalam Kurma juga dapat mengatasi masalah Gejala Penuaan.


Disamping itu juga, kajian mendapati bahawa buah kurma mengandungi serat (Zat-zat Fiber) yang menjadi faktor terpenting dalam mengaktifkan gerakan usus dan elastiknya. Zat-zat fiber ini merupaka pencuci perut semulajadi seta sekali gus mencegah sembelit, gangguan pencernaan, dan masalah ragaman tubuh yang lain. Bahkan buah kurma merupakan Ubat Sembelit jika ditelan dengan air liur pada pagi hari.


Kurma Mentah (Balah Ruthab) juga mengandungi hormon Pitosine. Antara khasiat hormon ini adalah membantu menguatkan pembuluh darah pada rahim. Hormon ini membantu mencegah terjadinya pendarahan pada rahim.

Pada keluaran (15 April 2010) yang lepas kita telah membincang pengenalan buah pinggang kita, insyaALLAH para herbalis telah boleh mengenalpasti organ ini dengan baik. Kupasan kali ini kita akan membincangkan tentang kaedah detoksifikasi buah pinggang menggunakan produk Malac.


Sebelum kita bincangkan kaedah detox ini,kita selidiki dulu apakah kandungan herba Malac ini secara terperinci. Herba ini mempunyai komposisi 3 herba utama yang disinergi di untuk memberikan kesan optimum kepada penyembuhan buah pinggang. Herba yang digunakan adalah Mempelas(Tetracera Indica),Lalang(imperata Cylindrica) dan akar buluh. Sinergi ini mempunyai kesan diuretic yang kuat (pelawas kencing) serta mampu mengawal cairan di dalam tubuh.

Apakah kelebihan herba ini?
Kelebihan herba ini adalah untuk membersihkan batu karang dan sebagai filter/penapis daripada kesan aluminium hidroksida(ubat-ubatan kimia yang tersangkut di buah pinggang), herba ini yang bersifat diuretic yang kuat jadi ia memerlukan air yang mencukupi, herba ini juga bertindak sebagai anti-hipertensi,anti-inflamasi dan anti piretik serta ubat yang baik bagi pengidap anti gagal ginjal (bagi pesakit Diabetis melilitus,Hypertensi,sakit sendi dan lain-lain). Herba ini juga berfungsi sebagai pemecah batu karang dari jenis kalsium oksalat(hasil dari kolesterol), menolong menyingkirkan Monosodium Glutamat(MSG).

Herba ini boleh digunakan untuk pengganti kepada herba Ardisia bagi pesakit gout. Ia juga boleh diambil sebagai rutin 3 bulan sekali bagi pengamal ubatan kimia dan sebagai langkah awal pencegahan daripada penggunaan mesin hemodilisis. Para Herbalis juga perlu mengenal pasti jika terdapat tanda-tanda berikut pada pesakit,boleh dicadangkan malac sebagai herba yang sangat sesuai, situasi di mana air kencing mengandungi darah, berbuih, sakit ketika membuang air kencing, air kencing tidak berbau dan warna air kencing putih/jernih,juga baik bagi pesakit yang sukar membuang air kencing.

Detox Buah Pinggang
Kaedah rawatan yang boleh digunakan adalah kapsul Malac dibuka dan dicampurkan dengan air panas dan kemudiannya di minum, perlu diingat bahawa jumlah air yang diminum mesti sama dengan air yang keluar daripada badan kita melalui proses pembuangan kecil. Sebaik-baiknya digunakan madu bersama-sama untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Pesakit Hemodialisis
Bagi pesakit Hemodialisis, kaedah pengambilan herba ini sedikit berbeza iaitu melalui cara 3 biji kapsul di ambil 5 kali (3 x 5). Kapsulnya dibuka dan dimasukkan ke dalam air panas yang bertujuan untuk memecahkan dinding solulose bagi memdapatkan bahan aktif herba yang ada. Bancuh herba tersebut dan biarkan herba itu mendap kemudian barulah di minum, buang mendapan yang telah diminum airnya.
Bagi pesakit hemodalisis elakkan daripada pengambilan ubat yang bersifat pahit, kerana herba jenis ini akan membekukan darah. Contoh herba yang pahit adalah Plantisol, Vitex, D'Det dan lain-lain.(rujuk juga kepada tajuk Hati-hati Dalam Penggunaan Herba)
Kita juga boleh mengenalpasti kesan-kesan daripada penggunaan Mesin Hemodialisis kepada pesakit.
1)kerosakan kepada kelenjar paratyroid
2) kulit tua dan kehitaman
3) kuku mejadi kecil dan pendek

Apakah fungsi kelenjar paratyroid? Fungsi kelenjar ini adalah untuk mengawal kalcium di dalam darah dan tulang kita. Kelenjar ini terlihat kecil tetapi fungsinya sangat besar dan pastinya berbeza dengan fungsi kelenjar tyroid yang ALLAH tugaskan untuk menjaga,mengawal atur metabolisme tubuh.Menarik bukan?


Menurut Sumber yang dipetik daripada Dr Abdullah Abd Hamid Diyab dan Dr Ahmad Qurquz, Ma'a ath-Thibb fi Quran al-Karim menyatakan beberapa kelebihan dan khasiat mengapa perlunya diambil buahan terlebih dahulu sebelum memakan sesuatu yang lain.


Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan mempunyai manfaat perubatan yang baik kerana buah-buahan mengandungi gula rendah kalori (sakakir Basithah) yang mudah dicerna dan diserap sehingga usus kita mampu menyerap gula ini dalam waktu yang singkat dalam beberapa minit berbanding mereka yang memakan makanan tanpa mengambil buah-buahan terlebih dahulu, usus memerlukan kira-kira 3 jam bagi membolehkan penyerapan gula dapat dilakukan oleh usus.


Selain kemudahan untuk dicerna dan diserap, kandungan rendah kalori menjadikan buah-buahan sebagai sumber utama tenaga bagi sel-sel tubuh antaranya alviolus perut (bulu lambung) dan dinding usus. dengan bekalan gula rendah kalori ini, kedua sel dalam tubuh ini dapat berkerja seoptimum mungkin dalam menyerap kepelbagaian jenis makanan yang dimakan setelah buah-buahan.


inilah antara Kelebihan bagi mereka yang mengamalkan pemakanan buah-buahan sebelum memakan makanan lain.

video


Secara umum,tulang mempunyai 26 disc dari tengkuk hingga ke pinggang,iaitu 12 di bahagian toraks atau dada,7 di bahagian tengkuk dan 5 di bahagian tulang lumbar atau tulang belakang pada bahagian pinggang.

Kenalpasti sakit yang dialami, jika sakit dengan rasa tidak selesa berlangsung untuk beberapa hari, mungkin kesakitan anda tidak serius. Namun anda perlu prihatin andai ianya berlarutan untuk tempoh yang panjang hingga melebihi enam minggu diikuti rasa sengal dan kebas di seluruh bahagian kaki. Anda mungkin sedang mengalami disc tergelincir (spinal disc herniated/prolapsed) di bahagian tulang belakang.

Bagaimana disc tergelincir berlaku?
Sakit di tulang belakang terbahagi kepada dua jenis iaitu spinal disc herniated/prolapsed dan spondylosis. Spinal Disc Herniated atau disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc intervertabral). Disc intervertabral boleh diumpamakan sebagai sekeping tulang lembut yang berada di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalam tisu ini terkandung sejenis bahan yang lembut disebut (nucleus polposus).

Apabila berlaku kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan berlaku kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya ia akan menjadi bengkak dan seringkali pecah pada disc intervertabral. Pembengkakan yang berlaku ini akan menekan urat saraf di belakangnya,lebih serius lagi apabila annulus fibrosus pecah dan mengeluarkan isinya (nucleus polposus) dan menekan urat saraf. Tisu yang mengandungi bahan ini (nucleus polposus) adalah bahan yang bersifat inflammatori (peradangan). Apabila ini berlaku pesakit akan merasai kesakitan yang teramat sangat dan merebak hingga ke kaki. Pesakit juga akan merasa kebas dan lemah kaki.

Apakah fungsi disc intervertebral ini?
Disc intervertebral berfungsi sebagai penyerap hentakan apabila kita melakukan aktiviti seharian samaada melompat atau hentakan. Disc intervertebral juga boleh berlaku di bahagian lain seperti leher tetapi kes yang biasa berlaku adalah di pinggang.
Tulang belakang mempunyai fungsi yang sangat besar di dalam keseluruhan pergerakan dan sistem yang ada di dalam badan. ALLAH melengkapkan saraf tunjang ini dengan fungsi yang luar biasa hebat sehingga untuk beriman kepada ALLAH cukup dengan melihat di tubuh badan kita sahaja. InsyaALLAH kita akan membincangkan lagi kaitan di antara tulang belakang dan semua organ yang ada di dalam tubuh kita.InsyaALLAH.

About this blog

About Me

Sebarang Persoalan atau permasalahan bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di HPA TRAINING,IT & MULTIMEDIA. Semua Maklumat yang dipaparkan dirujuk dari Perubatan Jawi(sumber utama) dan pelbagai sumber

Followers

There was an error in this gadget

Search