Sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik buah kurma adalah kurma Burni; ianya dapat menghilangkan penyakit dan tidak mengandungi penyakit" (HR. Ar-Rayyani, Ibnu Addi, Al-Baihaqi, Adh-Dhiya, Al-Uqaili, Ath-Thabrani, Ibnu An-Sani, Abu Nu'aim dalam Ath-Thib An Nabawi, dengan Status Hasan)
Menurut Kajian, Buah Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan kelebihan. Antaranya:
- Bagi mereka yang ingin memiliki tubuh yang cantik, kurma amatlah sesuai kerana mempunyai kadar lemak yang rendah.
- Buah kurma sangat baik buat individu yang kurang darah kerana kurma mengandungi Mineral yang tinggi.
- Magnesium dalam Buah kurma dapat membantu meningkatkan kekebalan tubuh dalam melawan penyakit Kanser.
- Fosfor dan Kalsium dalam kurma sangat baik untuk menguatkan tulang, gigi dan sistem seksual.
- Buah Kurma dapat membantu mempertajam dan menjaga kelembapan mata kerana mengandungi vitamin A selain daripada mencegah penyakit rabun senja.
- Buah Kurma menguatkan saraf-saraf pendengaran terutamanya bagi usia lanjut.
- Buah Kurma boleh menjadi ubat penyakit hati, penyakit kuning, sakit gusi, bibir pecah, kulit kering, dan kuku pecah kerana mengandungi vitamin B.
- Buah Kurma dapat digunakan untuk mengubati penyakit masalah pundi kencing, perut dan usus kerana mengandungi Vitamin B1,B2 dan Niyasine. selain itu juga ianya berfungsi untuk melembabkan dan melindungi usus dari sebarang jangkitan dan kelemahan.
- Buah Kurma merupakan ubat bagi individu yang mengalami masalah Pembuangan Air Besar kerana ianya mengandungi serat selulosa yang membantu gerakan usus dalam melancarkan pembuangan air besar.
- Kandungan garam alkali pada kurma juga dapat menstabilkan keasaman darah yang melebihi paras normal. jika tidak dinutralkan, keasaman darah boleh menyebabkan penyakit turunan (hereditary diseasea) seperti Batu Hempedu, Ginjal, dan Hipertensi. Buah kurma bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang menyusui berserta bayinya.
0 comments:
Post a Comment