Dipetik daripada Buku Jawi Medicinal Herbs 3, Ke Arah Merealisasikan Perubatan Jawi
Selain dari belajar mengenal herba dan kegunaannya, sewajarnya seorang herbalis juga belajar mengenal diri sendiri. Pertama tentang hak pemilikan tubuhnya, milik siapa? Sudah semestinya tubuh itu dimiliki oleh yang mencipta diri. Pemilikan di sini ialah hak mutlak pencipta yang menciptakan dan ia mengikut tujuan yang satu kenapa ia diciptakan. Mengulas tentang pemilikan ini kita tidak boleh pergi jauh melainkan hanya kata yang layak dan tepat,ialah tiada sesuatu yang wujud melainkan menjadi bukti tentang kewujudanNYA.
Tidak hanya menjadi bukti tentang kewujudanNYA tetapi kita juga di minta menjadi saksi tentang hukum yang ditegakkanNYA."Saksi hukum" inilah yang dinamakan "ibadah" iaitu peraturan khas yang diperintahkan untuk dilaksanakan oleh manusia.
Kesimpulan awal jika kita mula untuk mengenal diri,maka fahamilah 2 perkara ini iaitu"diri anda menjadi saksi tentang kewujudanNYA dan saksi tentang penegakkan hukum-hukumNYA.
0 comments:
Post a Comment