PENA SANG HERBALIS : HAMBA KHALIQ

ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah,kemudian dia menjadikan kamu kuat,setelah itu menjadikan kamu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNYA dan Dialah yang mengetahui lagi Maha kuasa. Ar Ruum : 54


30 % DARIPADA 100 PRODUK KESIHATAN DIUJI USM TIDAK HALAL

Kenyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar tempatan bertarikh 2 November 2009,ujian dilakukan di Makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia(USM)mendapati 30% daripada 100 produk kesihatan di pasaran tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul daripada KULIT BABI.

Gelatin merupakan suatu campuran protien diekstrak daripada kulit binatang.Ia digunakan sebagai sarung kapsul untuk ubat-ubatan.

Prof.Madya Dr Syed Azhar syed Sulaiman,Dekan Fakulti berkata,"kebanyakan produk yang diuji tidak halal oleh pihaknya boleh diperolehi di pasaran tempatan.Malah kebanyakan produk farmaseutikal yang dijual di negara ini mengatakan produk mereka HALAL tetapi hakikatnya kita tidak tahu kerana tiada sebarang mekanisma digunakan untuk menentukan perkara itu."

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar gelatin Halal,di dapati bahawa terdapat beberapa buah kilang gelatin dunia yang mengeluarkan gelatin halal secara berkelompok (in batches)di dalam kilang yang sama. Situasi ini akan mengakibatkan kontiminasi(pencemaran/keracuanan) yang sangat tinggi kerana adalah sangat mustahil sesuatu kilang gelatin dapat mengasingkan sumber babi dan sumber lembu dari mula pemprosesan hingga menghasilkan produk siap.

Bagaimana pula dengan tangki-tangki dan peralatan yang telah memproses tulang babi? Adakah mereka melakukan proses 'samak' ke atas semua peralatan tersebut? Terdapat juga kilang gelatin yang mengakui diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam tetapi menggunakan campuran sumber babi dan lembu. Seterusnya,bila kilang gelatin yang menggunakan tulang lembu adakah haiwan itu disembelih mengikut syariat Islam?

Faktanya,kilang kapsul yang menggunakan gelatin halal hanyalah 2% daripada pengeluaran gelatin dunia.Ledakan pasaran HALAL yang berlaku sekarang ini menyebabkan semua pihak melihat isu ini sebagai satu peluang tanpa melihat kepada persoalan pokok kita dalam beragama,halalkah produk yang diambil?Sama-sama kita martabatkan produk halal kita.


Assalamualaikum..buat semua herbalis dan pembaca laman ini, satu lagi perkongsian yang boleh dimanafaatkan bersama ialah pantang larang dalam menggunakan herba. Dipetik daripada Jawi Medicinal Herbs. Perlu sangat diperhatikan apabila pesakit kita telah menggunakan ubatan kimia atau perawatan moden perlu diingatkan bahawa terdapat herba yang sangat ditegah digunakan bersama, sangat penting untuk ilmu ini dikuasai oleh semua pengamal Herba.

minyak bawang putih
Minyak bawang putih(garlic) tidak boleh digunakan pada pesakit yang sedang mengamalkan ubat pencair darah. Kesannya boleh menyebabkan berlakunya lumpuh. Herba Garlic ini mempunyai kesan yang kuat untuk mencairkan darah. Bila darah kita terlampau cair akan menyebabkan perkara ini terjadi. Jadi berhati-hati semasa menyarankan herba ini kepada pesakit,paling penting pesakit perlu didiagnos terlebih dahulu dan herbalis perlu mendengar keluhan-keluhannya kerana disitulah kita perlu meneliti perawatan dan herba yang sesuai untuknya.

Suka juga kita mengingatkan para herbalis bahawa Perubatan Jawi mengamalkan konsep CAUSATIVE TREATMENT bukan SYMPTOMATIC TREATMENT,jadi kita perlu sangat cermat dan teliti di dalam perawatan yang dilakukan.

Seterusnya kita perlu berhati-hati dengan herba yang bersifat pahit seperti patawali,mengkudu,hempedu bumi,mahogany, peria dan lain-lain. Herba-herba ini tidak boleh diberikan kepada mereka yang sedang menjalani perawatan hemeodialisis(mesin mencuci buah pinggang). Ini akan menyebabkan darah menjadi mudah beku apabila perawatan dilakukan.


Herbalis juga pasti akan sangat memperhatikan gaya makannya,keluarganya,saudara mara serta seluruh umat Islam atas dasar prihatin kerana berpegang kepada prinsip "prevention is better than cure". Rasulullah juga sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan langkah-langkah penjagaan kesihatan sebelum berlakunya satu-satu penyakit. Bersama-sama kita meningkatkan kualiti kesihatan kita untuk membarisi perjuangan Ummah sehingga akhir zaman.Amin

Alhamdulillah, semoga usaha yg dilakukan oleh pengkaji-pengkaji herba di tanah air kita spt Herbalis Jawi diberkati Allah. Inilah sebagaimana yg disarankan oleh Ulama Besar nusantara yg mahir dlm pelbagai ilmu, setaraf dgn para ulama antarabangsa di masa beliau, iaitu guru bagi Tuk Kenali yg bernama Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zain AlFathani. Beliau bergelar ‘Asadul Makkah’ (Singa Mekah) kerana kealimannya. Kitab-kitab karangan beliau dlm pelbagai ilmu versi Melayu dan Arab. Begitu mahir dlm ilmu tatabahasa Arab, Feqah dll sehinggakan beliau mengarang syair-syair Arab dlm ilmu Nahu (tatabahasa Arab) dan sebagainya.

Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zain pernah bercita-cita dan berdoa supaya Allah memberi hidayat kpd seseorang daripada kalangan anak bangsa untuk menerokai kazanah herba di bumi kita yg tercinta, seperti yang disebut dlm kitab karangan beliau tentang Ilmu Tibb (perubatan) dan ubat-ubatan herba yg berjudul ‘Tayyibul Ihsan Fi Tibbil Insan’ m/s 4, berbunyi:

“ Dan Kami telah harap (menaruh harapan) bhw Allah membuka hati seseorang yg mempunyai hemmah (semangat) yg tinggi, maka dia bersungguh-sungguh mencuba (mengkaji) beberapa pohon kayu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain yang terdapat di bumi Melayu. Dan dia memeriksa (membuat penyelidikan) pada demikian itu (pohon kayu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain yg terdapat di bumi Melayu), maka dia menyurat (buat catitan) beberapa faedah, khasiat, pangkat (status) tabiatnya dan kaifiat (cara) penggunaannya spt yg dilakukan demikian itu oleh Hukama (para cerdikpandai) Yunani….” (nukilan secara sedikit ubahan kpd Bahasa Malaysia Moden).

Keberkesanan tumbuhan hijau Negara kita memang telah terbukti sebagaimana yang saya sendiri pernah melihatnya situasi yg berlaku kpd bapa saya di mana setiap kali apabila membuang air besar, keluar darah bersama najis. Sehinggakan kakak saya seorang doktor telah habis ikhtiar dgn ubatan2 moden dan mengesyorkan supaya diambil sedikit daging di bahagian tempat keluar najis untuk dibuat kajian. Kami tidak bersetuju tindakan sedemikian, hinggalah di beritahu bahawa untuk menghilangkan penyakit ini ialah dgn air tanah liat yg diheningkan semalaman serta dicampur dgn ‘Rumput Pahit’ (istilah orang kelantan) yg tumbuh dipadang (campuran yang menyebabkan air tanah liat itu menjadi hijau,dibuat minum). Ianya sangat mujarrab sehinggakan adik saya mengalami penyakit sebegitu yg lebih teruk drp apa yg dialami oleh bapa kami, bahkan kakak saya yang merupakan doktor perubatan itu juga yang mengalaminya, disembuhkan dgn herba campuran tersebut.

Kerana itulah, Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zin Al-Fathani menyarankan supaya tumbuhan-tumbuhan di bumi Negara kita dibuat penyelidikan. Inilah keberkatan doa drp Ulama Besar lagi Waliyullah yg dapat kita lihat pada hari ini bahawa anak bangsa kita telah bersungguh-sungguh membuat kajian. Alhamdulillah…

Berhati-hati pada ubat-ubatan bahan kimia yg mempunyai kesan sampingan yang ketara, yang mengandungi bahan khinzir dan sebagainya dan begitu juga makanan2 yang akan masuk ke dlm tubuh kita, kerana Nabi SAW pernah bersabda, mafhumnya: “Setiap daging yg tumbuh/terjadi daripada perkara haram, maka neraka-lah tempat yg utama untuknya.”
sekadar coretan…wslm

Komentar Dari Herbalis Jawi,
Nah! para herbalis bukti yang jelas lagi bersuluh,usaha-usaha anda bukanlah sia-sia,bukan juga kecil,malah bukan juga picisan tetapi kalianlah insan terpilih untuk mengisi kekosongan 'Jawatan' yang ditawarkan oleh ALLAH. Terharu membaca petikan dari ulama besar kita yang awal lagi telah mendoakan perjuangan kita ini.

Bersama-sama kita berdoa semoga Syarikat kita terus berkembang pesat ke arah memartabatkan Thibbun Nabawi dan ALLAH merahmati semua pemimpin dan ulama yang kita sanjung untuk terus memimpin jalan dakwah ini.Amin.


Buah Pinggang atau ginjal adalah merupakan organ yang sangat luar biasa di dalam sistem tubuh badan. Ia berbentuk seperti kacang merah dengan panjangnya hampir 10 cm, ia terletak di belakang perut dan hati,di tengah punggung dengan dengan tulang belakang. Organ ini berfungsi menapis bahan-bahan yang ada di dalam darah, manakala bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh dibuang sebagai urin atau air kencing. Bahan-bahan yang diperlukan diserap kembali oleh ginjal dan disalurkan ke seluruh tubuh. Menarik bukan?

Sekarang kita lihat fungsi organ ini:
1)pembuangan Urine
2)pembuangan kotoran yang terdiri daripada urea kreatinin
3)Pengeluaran air yang berlebihan di dalam badan
4)pengimbangan bahan elektrolit seperti sodium,potassium dan mineral yang lain.


Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan ginjal:
1) Darah tinggi
2) Batu karang
3) buah pinggang gagal berfungsi dengan baik
4) peradangan pada glomerulus

Komplikasi yang timbul jika pemakanan tidak dijaga
1)protein yang berlebihan-akan meningkatkan penghasilan bahan kotoran(urea kreatinin di dalam tubuh,jika tidak dibuang akan menyebabkan keracunan
2) Natrium yang berlebihan-akan mengakibatkan berlakunya edema(bengkak air)
3) Potassium yang berlebihan-akan menyebabkan gangguan otot terutama otot jantung(jadi tak normal)


*Sumber protien - Daging,telur ayam,itik,kerang,ikan,tauhu,paru-paru,susu tepung,ketam,udang dan lain-lain

*Sumber Natrium Potassium - kicap,sos tiram,budu,cincaluk,ikan masin,ikan bilis,telur masin,serbuk perasa dan lain-lain

Produk-produk HPA yang digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang adalah :
1) Malac
2) Teh Herba
3) Pelawas
5) Kopi Radix
dan pelbagai persediaan herba yang ada di dalam HPA

Peranan buah pinggang sangat penting di dalam pengamal Herba kerana kelangsungan fungsi organ ini akan memastikan herba berfungsi dengan baik. Jagalah buah pinggang kita

Hadith kudsi yang dipaparkan dalam majalah Solusi isu no.18. Masruq bin Al-Ajda meriwayatkan " Suatu hari saya mengunjungi Saidatina Aishah RH, baginda menghidangkan makanan dan berkata:"ketika aku makan hingga kenyang aku selalu menangis." saya seraya bertanya:"Mengapa Engkau menangis wahai ummul mukminin?" Saidatina Aishah menjawab :"Aku teringat keadaan ketika Rasulullah SAW meninggal dunia. Demi ALLAH, beliau tidak pernah makan roti dan daging hingga kenyang sebanyak dua kali dalam sehari".(HR Tarmizi).

Rasulullah sangat menjaga akhlaknya dalam apa jua perkara yang dilakukan baginda sehari-hari. "Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak yang harus kamu penuhi."(Muttafaqun 'alaih). Di antara hak tubuh yang perlu kita tunaikan adalah memberinya makan jika lapar, mengistirehatkannya bila letih, membersihkannya bila kotor, melindungi daripada penyakit, serta tidak membebankannya makanan yang berat. Tidak dilupakan,kita wajib memastikan tiada makanan yang haram dan memudharatkan di masukkan ke dalam perut kita.

Rasulullah juga menggalakkan kita untuk memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum memakan nasi(sesuatu yang berat) kerana melalui penelitian membuktikan bahawa memakan buah-buahan terlebih dahulu,perut akan mengeluarkan enzim pencernaan untuk menyerap nutrien yang di makan.

Pola Hidup Rasulullah sangat indah untuk dipelajari dan diamalkan. InsyaALLAH kita bermula dengan sedikit tetapi istiqamah semoga kita tergolong daripada Herbalis yang akan menerima syafaat dari Penghulu Rasul,Muhammad SAW.Amin

Assalamualaikum..

Alhamdulillah!Luar Biasa!Allahuakbar!!!! Tidak terungkap kebahagian yang kami rasakan hasil jalinan ukhuwah yang telah terjalin,ikatannya tidak terzahir tapi kukuh mengikat hati-hati kami. Persaudaraan dalam perjuangan ini sangat bermakna dan tak terungkap, fizikal hanya mampu menangis di dalam sujud terakhir setiap fardhu kerana kasih yang lahir ini.

Kepada semua Alumni Herbalis ke 18, Kami mengharapkan ilmu yang telah dipelajari akan di amalkan, berfungsi sebagai kebajikan dan paksi dakwah yang bakal memicu jihad di jalan ALLAH.

About this blog

About Me

Sebarang Persoalan atau permasalahan bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di HPA TRAINING,IT & MULTIMEDIA. Semua Maklumat yang dipaparkan dirujuk dari Perubatan Jawi(sumber utama) dan pelbagai sumber

Followers

There was an error in this gadget

Search