PENA SANG HERBALIS : HAMBA KHALIQ

ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah,kemudian dia menjadikan kamu kuat,setelah itu menjadikan kamu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNYA dan Dialah yang mengetahui lagi Maha kuasa. Ar Ruum : 54

Aspartame yang juga dikenali sebagai "gula jahat" adalah satu bahan pemanis buatan (sintetik) non karbohidrat aspartyl-phenylalanine-1-methyl ester yang dihasilkan bagi menggantikan gula biasa. Sifatnya adalah 200 kali lebih manis dari gula biasa dan sangat sedikit penggunaannya untuk membuatkan makanan anda manis. Kod yang digunakan adalah E 951


Sejarah penemuan bahan pemanis tiruan ini bermula apabila pada tahun 1965, apabila James M. Schlatter seorang ahli kimia melakukan proses sintetik ke atas aspartame untuk dibuat ubat anti gastrik, secara kebetulan dia mendapati rasa manis apabila ia menjilat jarinya. Produk ini tampil dengan jenama pertama NutraSweet.


Bahan ini dibuat sebagai memenuhi budaya diet dikalangan masyarakat America yang tidak mahu menggunakan gula di dalam pemakanan. Akibatnya, produk ini berada hampir disemua rak-rak supermarket dengan jenama yang pelbagai antaranya NutraSweet,Equal dan canderel. Bahan ini dimasukkan di dalam lebih 6000 makanan dan minuman diseluruh dunia dan lazimnya di dalam makanan untuk diet. Apakah jenis makanan yang mengandungi bahan berbahaya ini? Jom kita selidiki apakah jenis makanan yang mengandungi bahan ini.




1. Sarapan segera


2. Gula-gula nafas (nafas segar)


3. Bijirin


4. Gula-gula getah tanpa gula


5. koko campuran


6. Minuman kopi


7. Makanan pencuci mulut sejuk beku


8. Pencuci mulut berasaskan gelatin


9. Minuman berjus


10. Pencahar


11. Minuman bersusu


12. Multivitamin


13. Nonprescription pharmaceuticals (ubat yang boleh dibeli dikaunter, tanpa perlu nasihat doktor seperti panadol)


14. bahan untuk minuman Shake


15. Soft Drinks


16. Pemanis


17. Minuman Teh


18. Teh segera dan kopi segera


19. bahan topping (bahan kek)


20. wine coolers


21. Yogurt


Semua bahan di atas mengandungi aspartame yang "tersembunyi" di dalam makanan yang kita beli. Tidak hairanlah jika masa sekarang ini wujud pelbagai penyakit yang kita sendiri tidak tahu dari mana puncanya.

Wallahu'alam







Amanat Tuan Haji Ismail untuk staf sempena kursus Staf, 22 feb 2011 Masihi


Kita bermohon keampunan kepada ALLAH pemilik Alam dan pemilik diri kita sendiri atas seribu kekhilafan yang telah dilakukan. Salawat dan slaam khusus untuk Rasulullah SAW, Rasul Akhir Zaman. Sesungguhnya binasalah orang yang menyatakan masih terdapat lagi Nabi selain baginda. Juga binasalah orang yang menolak hadis sebagai panduan dan rujukan hidup.


Setelah saudara-saudari mengikuti kursus yang menguji mental dan fizikal di Paya Pahlawan, perlu diketahui bahawa itu adalah sebahagian kecil riadah yang menuntut kecekalan hati dan kesabarn yang tinggi. Begitulah hidup dalam alam perniagaan yang sepanjang masa memerlukan kecekalan dan kesungguhan, tidak menyerah pada nasib kerana "ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri".(maksud Al-Quran)


Kita sedia mengetahui betapa sukarnya untuk sukses dalam perniagaan kerana itulah ramai yang kecundang untuk bertahan. Biasanya syarikat-syarikat orang Islam boleh bertahan dalam lingkungan 5 tahun sahaja, kenapa? Kerana keupayaan istiqamahnya hanya 5 tahun sahaja. Salah satu faktor yang menjadi sebab ialah kurangya dorongan samaada dari dalam atau dorongan luar.


Bila peniaga-peniaga kita bertemu, mereka lebih suka berbincang tentang bila hendak bercuti lebih banyak dari bila hendak bekerja atau tentang rugi lebih banyak dari bagaimana hendak untung. Dorongan negatif ini menjadi pembunuh semangat dan ketahanan dalaman jika tidak diubah sehingga semua peluang akan nampak seperti halangan.


Sokongan luar juga sangat penting dan inilah peranan kita untuk memberi semangat kepada semua orang berniaga agar mereka terus tabah menekuni bidang ini. Peniaga adalah pencetus kebangkitan ekonomi negara kerana ia akan membuka peluang pekerjaan kepada kita semua. Apabila kita di sektor perniagaan sewajarnya kita memahami corak pekerjaan yang mencabar ini. Ramai yang tidak mampu bertahan dan berhenti bukan kerana tidak gembira bekerja tetapi tekanan perniagaan yang berat dirasakanya.


Namun begitu bagi staf cekal juang, mereka gembira bekerja ditempat yang mencabar ini kerana mereka adalah kumpulan elit yang terpilih untuk membangunkan sebuah perniagaan muslim iaitu HPA. Itulah sebabnya kita mengadakan kursus di Paya Pahlawan, Jitra ini bagi pembinaan mental dan fizikal agar munculnya wibawa pekerja di sektor perniagaan ini khususnya untuk mengembangkan empayar dan misi syarikat. InsyaALLAH.


**Sebuah harapan, sebuah pesanan yang sarat mengandungi ajakan yang terisi pengalaman untuk mengajak semua staf ke arah perjuangan yang sedang beliau perjuangkan. Alhamdulillah, syukur kepada Penguasa Alam raya ini dengan rahmat dan izinnya dapat bernaung di bawah payung HPA.

Assalamualaikum wbt..

Topik kesihatan kita pada kali ini adalah berkenaan dengan bahan pengawet yang sangat meluas digunakan didalam teknologi pemakanan kita hari, terutama di dalam makanan yang tidak tahan lama seperti roti, kek, minuman jus (tin dll), dan banyak lagi makanan yang kita konsumsi sehari-hari.

TARTRAZINE juga boleh dikenali dengan kod E 102 adalah pewarna tiruan yang ada di dalam makanan kita seperti gula-gula, sos, minuman ringan, kordial, makanan sejuk beku, jeli, biskut dan manisan serta ubat-ubatan kimia. Bahan ini juga digunakan di dalam penghasilan produk barangan tembikar,baja, kaca, bahan ceramic, simen, dan lain-lain.

Dr Abram Hoffer di dalam bukunya, Healing Children Attention & Behavior Disorder menyatakan di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 76 orang kanak-kanak yang didiagnos hyperaktif sekurang-kurangnya 79% daripada kumpulan itu menunjukkan reaksi tidak normal akibat pengambilan pewarna tartrazine dicampur dengan benzoate (bahan yang biasa dimasukkan ke dalam makanan). Bahan ini meningkatkan kadar pembuangan Zink melalui proses urinari (Kencing). Apa pula fungsi zink untuk badan kita? Zink penting untuk metabolisme badan kita, membantu sistem kekebalan tubuh dan pencegahan kepada jangkitan patogen (bakteria dan virus) didalam tubuh badan kita. Bahan pengawet ini juga menurunkan kadar zink di dalam darah dan air liur yang seterusnya mengakibatkan kemerosotan kepada tingkah laku kanak-kanak terutamanya.

Kesan penggunaan bahan ini adalah menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktif, athma dan pelbagai reaksi alergi pada kulit (ruam kulit), migrain dan lain-lain. Mengikut beberapa kajian yang dilakukan tartrazine juga boleh menyebabkan kanser.

Jadi berhati-hatilah di dalam pengambilan makanan anda kerana bahan ini masih digunakan secara meluas di Malaysia, bagi negara Norway dan Finland bahan ini adalah terlarang dan disekat di Sweden.

Di Malaysia mungkin boleh diwujudkan Unit khas dikementerian kesihatan yang memantau dari sudut pemakanan ini. Negara memerlukan tenaga produktif yang sihat dan cergas. Jadi, amalkan pemakanan sihat tanpa bahan pengawet.


Assalamualaikum waromatullah hiwabarokatoh,pembuka bicara terindah bagi seorang muslim, lebih indah jika diteliti makna. Ucapan yang pendek tapi memanjangkan umur,ucapan yang ringkas tapi dianugerah berkah.


Baru-baru ini, herbalis berpeluang membaca pelbagai blog-blog yang ada di dalam medan maya ini, cantik dan menarik.. terfikir herbalis macam mana ya caranya nak bagi orang membaca blog kita, tertarik dan meminati sehingga mampu mengubah paradigma mereka. Bagi herbalis yang cetek pengetahuan ini setiap kali mahu menulis maka di sekeliling pasti pelbagai buku rujukan ada di tepi,kiri dan kanan,terkadang atas dan bawah,tanda kepala masih kosong,bimbang bahasa terpesong, cuak fakta mencapah jauh dari kebenaran.



Kata seorang guru herbalis, orang kita kurang minat membaca tapi lebih minat melihat, herbalis terdiam sejenak..betul juga kata guru,beberapa orang teman herbalis bila membaca buku belum sempat 1 muka surat sudah tertidur,lucu melihatnya..seorang lagi teman bila membaca buku 1 helai 1 hari, kerana dia akan memikirkan situasi yang diwujudkan penulis secara serius..kadang-kadang diiringi dengan komentar yang optimis tak kurang yang sinis.




Namun bagi herbalis,kalimat ini..sampaikan..."balli'ghul anni walau 'ayah"sampaikanlah walaupun satu ayat..menjadi seolah satu galakan dikala minda tandus memikir idea, dikala malas meraja..hati ini pasti gundah jika tidak mampu meluangkan masa untuk membaca,alhamdulillah diciptakan seorang manusia berdasarkan fungsinya dan sebaik-baik mukmin adalah yang memberi manafaat kepada orang lain.



InsyaALLAH herbalis akan cuba memuatkan sebanyak mana info yang boleh kita manafaatkan bersama untuk melengkapkan tugasan utama kita di muka bumi sebagai Khalifatullah.


Vitamin C adalah antioksida (kumpulan vitamins,minerals dan enzim) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk perkembangan/pertumbuhan/pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal dan gusi yang sihat.

Vitamin C (Vit C) juga menolong pengeluaran hormone anti stress dan interferon( satu bahan yang dihasilkan oleh sel untuk melindungi dari dari serangan virus berbahaya). Vit C juga diperlukan untuk pembentukan folic acid, hormone tyrosine, phenylalanine.

Juga membantu di dalam pencemaran yang merbahaya, mencegah kanser, dan mencegah jangkitan.

Vit C menolong meningkatkan penyerapan besi (iron). Menurunkan kolesterol, kadar tekanan darah,dan mencegah atherosclerosis.

Vit C adalah esen di dalam kolagen,vit C melindungi daripada pembekuan darah dan kesan lebam (bruising) dan menolong menyembuhkan luka dan kesan terbakar.

Penemuan terbaru terhadap vitamin ini adalah apabila ia di sinergikan dengan Vit E akan memberikan kesan yang luarbiasa berbanding secara penggunaannya secara sendiri/tunggal. Vit E bertindak mengasingkan radikal bebas yang berbahaya daripada membran sel,sementara Vit C akan menyerang radikal bebas didalam cairan biologi (biological fluids) di dalam tubuh badan. Kedua-dua bahan ini akan memperkuatkan dan saling menyokong aktiviti antioksida.

Tubuh badan kita tidak mampu untuk menghasilkan Vit C, ia mesti di ambil daripada diet yang seimbang dan makanan tambahan.

Info ini boleh menjadi nilai tambah kepada semua herbalis di dalam perawatan dan penambahan ilmu kepada anda.

Alhamdulillah kuliah Iridologi untuk Agen Stok telah diadakan secara percuma. Subahanallah menyingkap ilmu ini adalah satu bidang yang akan menyedarkan kita bahawa jika kita mahu beriman cukup sekadar melihat apa yang ada di tubuh badan kita, malah pasti tidak akan habis.


Ilmu iridologi yang mengkaji tentang pancaindera mata yang cuma dua biji yang di kurniakan oleh ALLAH. Ilmu ini dikaji oleh ilmuan barat yang bernama Ignaz Von Peczely dari Budapest,Hungary. Beliau dikatakan telah mengenali ilmu ini daripada seekor burung Hantu yang dijumpai patah kakinya. Beliau dapat mengesan perubahan pada Iris mata burung hantu tersebut, bermula dari situ beliau membuat penelitian sehingga menghasilkan carta yang pertama. Bagaimanapun carta ini disusun kembali oleh Dr.Bernard Jensen setelah meneliti 350 ribu mata . Ilmu ini dikaji sehingga terhasil satu ilmu mengenali penyakit dan keadaan organ tubuh melalui iris mata.

Di dalam kaedah ilmu ini ia dapat mengindikasikan perkara-perkara berikut:
1. konstitusi tubuh (lemah atau kuat)
2. Kadar stress seseorang
3. Tingkat kesihatan manusia
4. Potensi kesihatan kita
5. Keperluan tubuh badan
6. Keperluan nutrisi tubuh
7. Penumpuan Racun
8. Kekuatan saraf
9. Reaksi tubuh terhadap pengubatan
10. Paras asam lambung
11. Kelainan pada usus besar

Sebagai seorang herbalis, ilmu ini adalah satu lapangan ilmu yang menghidangkan sebuah keinsafan yang bakal membuahkan kesyukuran kepada ALLAH.

Alhamdulillah program Sijil Herbalis telah berlangsung secara selama 7 hari dengan sesi diskusi ilmu sains dan kedoktoran, konsep pembelajaran yang diterapkan adalah lebih kepada pemahaman peserta bukan sekali pembelajaran teori semata-mata.


Seperti biasa peserta dibekalkan dengan buku rujukan utama Prescription for Nutritional Healing di dalam menyiapkan tugasan. Pendekatan perbincangan diaplikasikan untuk menyiapkan para peserta dengan cabaran keilmuan moden dengan perubatan timur.

Menyedari bahawa cabaran dunia kedoktoran sedang dicabar dengan kebangkitan perubatan Ilmu Herba (perubatan Timur) Perubatan Jawi menyesuaikan corak pembelajaran untuk melahirkan pengamal Perubatan Jawi yang lebih berilmu dan berdaya saing dengan pengamal perubatan Moden.

Alhamdulillah walaupun pelajar agak kepenatan dengan aktiviti basikal yang menjadi kenderaan mereka ke kelas, namun tidak memudarkan suasana pembelajaran mereka. Syukur Alhamdulillah semua peserta sangat komited di dalam subjek yang diajarkan.

Buat semua herbalis, masih banyak yang perlu dikutip untuk menghadapi cabaran luar nanti. Nantikan kehebatan-kehebatan sebenar perubatan timur yang akan terungkap setelah mempelajari kehebatannya.

About this blog

About Me

Sebarang Persoalan atau permasalahan bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di HPA TRAINING,IT & MULTIMEDIA. Semua Maklumat yang dipaparkan dirujuk dari Perubatan Jawi(sumber utama) dan pelbagai sumber

Followers

There was an error in this gadget

Search