PENA SANG HERBALIS : HAMBA KHALIQ

ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah,kemudian dia menjadikan kamu kuat,setelah itu menjadikan kamu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNYA dan Dialah yang mengetahui lagi Maha kuasa. Ar Ruum : 54

Herbalis Perubatan Jawi pasti tidak terlepas daripada mempelajari ilmu ini dalam silibus Sijil Herbalis yang dianjurkan. Ilmu yang terkenal di dalam TCM (Traditional Chinese Medicine) ini sudah semakin meluas di pelajari oleh Herbalis Perubatan Jawi, cuma mungkin kurang meluas di amalkan berbanding Al-Hijamah. Namun pasti anda juga tidak dapat menafikan keberkesanan perawatan melalui kaedah ini yang terkenal dengan hanya tusukan jarum. Jom kita berkenalan dengan salah satu kaedah perubatan yang turut diajar di dalam Sijil Herbalis.

APA ITU AKUPUNTUR ?
Akupuntur adalah ilmu dan seni keterampilan pengubatan dengan cara menusukkan jarum di titik tertentu pada tubuh (meridian) untuk memperoleh kesan rangsang pada energi Vital (Qi) untuk mendapatkan kesembuhan dari suatu penyakit atau untuk meningkatkan kualiti kesihatan.

Berasal dari bahasa Latin iaitu Acus(Jarum) + punggere (menusuk), dalam bahasa cina di sebut CENCIU

Kaedah perawatan ini merawat Energi yang dikenali sebagai Qi, Cairan (Xu), dan Darah (Xue) tetapi yang paling penting pesakit perlu menjaga nutrisi terlebih dahulu untuk memastikan keseimbangan di dalam ketiga-tiga item ini dalam badan.

Ilmu ini hendaklah dipelajari secara teliti kerana kelebihan dan alternatif perawatan yang boleh anda gunakan di dalam membuat rawatan kepada pesakit. Teknik-teknik ini juga dikatakan boleh menandingi suntikan botox dan juga susuk. Menarik bukan? Marilah kita kuasai ilmu ini untuk meningkatkan kemahiran yang kita ada dan sebagai persediaan kepada permintaan pesakit yang datang kepada kita. Ilmu ini pasti akan jadi Value added kepada kita di dalam teknik perawatan yang boleh kita tawarkan di pusat perawatan.

SANG HERBALIS

Tahukah tuan
Siapakah sang herbalis itu..
Herbalis bukanlah perawat biasa
Dia tidak berada di bilik-bilik rumah sakit
Dia tidak berada di ruang-ruang perkantoran

Sebab...
Dia tidak terkongkong
Dalam ruang dan waktu
Tahukah tuan
Siapa sang herbalis itu...
Dia adalah manusia yang merawat hati

Berbanggalah Tuan-tuan semua yang berstatus Herbalis, mungkin tiada siapa yang sudi mengiktiraf kita, tapi pasti tiada siapa berani menafikan kebolehan kita.
Kita tidak mendabik dada, tapi berusaha untuk jadi yang memahami dan sentiasa memberi..

Di dada Herbalis tersemat utuh pesan Rasul SAW dalam hadith riwayat Abu Daud,Nasaie & Ibnu Majah, "Barangsiapa melakukan pekerjaan tabib sedangkan dia tidak mengerti tentang ilmu ketabiban maka dia harus bertanggungjawab ke atas pesakitnya". Pesan ini memicu sang Herbalis untuk melata di bumi merawat dan mengutip ilmu di segenap bumi yang menawarkan ilmu dan pelajaran.

Dada sang Herbalis seakan disiat rakus andai membiarkan jiwa pesakit merana tanpa bantuan, sang herbalis menerima pesakit tanpa syarat. Itulah sang Herbalis. Aqidahnya menawan hati yang gersangkan kalimat syukur kepada yang Esa.

Herbalis, janganlah lelah menimba ilmu kerana bersama mu adalah beban dakwah yang ditinggalkan oleh yang teralpa. Sambutlah dengan jari-jari ikhlas, genggamlah dengan iltizam dan sebarkanlah dengan saksama ke bumi-bumi yang gersangkan ilmu dan cahaya Islam.

Di telinga sang Herbalis akan terngiang-ngiang pesan Rasul SAW "Aku tinggalkan dua perkara untuk Ummatku berpegang, selama mereka berpegang kepadanya mereka tidak akan tersesat selamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Tingkatkan ilmu, jangan terpedaya dengan ghurur syaitan dan tipuan wang ringgit yang mengabui kerana anda adalah agen perkembangan Thibbun Nabawi.

ASSALAMUALAIKUM..Selamat kembali berjumpa di alam tanpa sempadan, lapangan untuk kita membincangkan herbalisme yang semakin mudah kita kuasai melalui perbincangan demi perbincangan. Alhamdulillah, sambutan luar biasa semakin jelas di dalam dunia herba kita. Merujuk kepada Tuan Haji Ismail herbalis merupakan pewaris kepada ilmu Perubatan Thibbun Nabawi yang telah disisihkan di zaman serba moden ini. Jadi perkara-perkara berikut sangat perlu diperhatikan :
1) Seorang perawat perlu memahami konsep sejuk dan panas (karakter pesakit) sebelum layak untuk merawat.
2) Mengaplikasikan konsep sunnah Rasulullah SAW di dalam perawatan
3) Menjaga aurat dan sempadan di dalam perawatan, jangan sampai suruhan ini dilanggar kerana ini adalah larangan ALLAH yang cukup jelas di dalam Al-Quran, jika perawat Thibbun Nabawi mengabaikan larangan ini maka hilang keberkatan malah lebih teruk murka ALLAH yang bakal kita dapat. Nauzubillah
4) Menghargai pesakit, setiap pesakit yang datang amat mengharapkan sesuatu daripada kita,mengharapkan suatu belaian dari kita bukan sahaja belaian di kulit tetapi juga belaian di jiwanya kerana emosi pesakit sangat terganggu sehingga dia memaksa dirinya untuk berjumpa kita.
Pastinya apa sahaja tindakan kita bakal terpahat di mindanya,jadi sangat penting untuk 'membelai' pesakit kita sesuai dengan syariat. Konsep menghargai ini juga merujuk kepada barangan/hadiah yang diberikan oleh pesakit, pastikan anda menerima dengan penghargaan dan memuji/berterima kasih dengan hadiah yang diberikan.
5) Wujudkan persaudaraan yang berpanjangan dengan menelefon pesakit kita untuk bertanya khabar dan bertanya perkembangan keadaannya.
6) Berlemah-lembut dan berhikmah di dalam perawatan, teknik penyampaian sangat penting untuk dijaga kerana di sinilah imej kita seterusnya imej Islam akan terjaga.
SELAMAT BERAMAL DAN MEMBANGUNKAN PERUBATAN THIBBUN NABAWI

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ILAHI di atas keberkatan perniagaan HALAL TOYYIBAN ini yang semakin mendapat perhatian pengguna Muslim mahupun Non Muslim.

Kepada semua Alumni Herbalis KPJ,pada 11 Mac kita akan menerima kehadiran 62 orang lagi ahli keluarga baru yang akan mempelajari Perubatan Jawi berasaskan Perubatan Thibbun Nabawi di dalam Sijil Herbalis ke 18. Peserta kita kali ini terdiri daripada doktor Perubatan,Imam Besar Masjid Yala, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta,pelajar Universiti,Da'i Nuu War(Irian Jaya) dan ramai lagi.

Sehingga tarikh ini kita masih menerima penyertaan yang diluar jangkaan sehingga pihak kami terpaksa menolak beberapa permohonan. Pihak kami merakamkan jutaan kemaafan kepada ahli-ahli kita yang tidak dapat menyertai keluarga besar kita pada sesi kali ini kerana bilangan telah melebihi 22 penyertaan daripada had penyertaan yang diterima. Pihak kami terpaksa menghentikan penyertaan demi untuk memastikan semua peserta yang telah mendaftar selesa dan dapat menjalani pembelajaran perubatan dengan baik.

InsyaALLAH pihak kami akan menganjurkan Sijil Herbalis ke 19 dalam masa terdekat untuk menampung permintaan ahli-ahli kita. Anda boleh mengikuti kelas-kelas herbalis secara online di dalam laman web utama syarikat www.hpa.com.my yang pastinya mengandungi input-input terbaru dan terkini daripada Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad dan juga semua pengajar Jemputan yang lain.

Program kita juga akan diisi oleh PJS Sharifah binti Sulaiman,PJS Azizan Bin Ahmad, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadhil, Dr Zaidul Akhbar,Dr Seri Septriyani,Dr Savitri Amril, Ustaz Irham Affendi Bachtiar,Pak Tata Saputra dan ramai lagi pensyarah jemputan yang lain.
Tidak dilupakan ,Pensyarah Utama kita adalah Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Ahmad yang akan meluangkan masa dengan peserta untuk sesi diskusi mahupun kelas.

Semoga ALLAH membukakan seluas-luas lembaran ilmu untuk semua peserta dan bersama-sama memikul panji "Merealisasikan Thibbun Nabawi".Amin

About this blog

About Me

Sebarang Persoalan atau permasalahan bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di HPA TRAINING,IT & MULTIMEDIA. Semua Maklumat yang dipaparkan dirujuk dari Perubatan Jawi(sumber utama) dan pelbagai sumber

Followers

There was an error in this gadget

Search