Tubuh badan kita adalah satu rangkaian sistem saraf yang saling berkaitan dan berhubung. "Pangkalan data"yang paling tepat dan cepat memberikan tanda/simptom apabila berlakunya kerosakan/gangguan pada jaringan sel kerana otak kita mengandungi lebih kurang 100 bilion sel saraf. Jadi proses interaksi yang berlaku dalam badan kita adalah konsisten dan tidak tertanding dengan teknologi tercanggih ciptaan manusia. Jadi tiada sebab untuk kita berpaling dari pencipta kita,ALLAH SWT kerana bukti kekuasaanNYA mendarah daging dalam badan kita.

KULIT
Tubuh badan kita sangat cepat memberikan rangsangan dan tanda kepada kita kerana tubuh badan kita dilindungi oleh kulit yang bertindak sebagai pemisah di antara badan dan persekitaran luar. Kulit adalah organ homeostasis (mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman tubuh) yang membantu badan untuk memberi signal kepada organ dalaman semasa beradaptasi dengan persekitaran luar. Contohnya persekitaran panas-badan akan berpeluh, apabila badan tersentuh benda panas,kulit di cubit,terkena pisau dan lain-lain. Ini berlaku kerana sel kulit kulit mempunyai reseptor-reseptor yang sangat sensitif kepada apa sahaja serangan-serangan pada tubuh.

MUNTAH
Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi racun akibat daripada proses bakteria (makanan basi) maka otak akan memberikan signal kepada badan untuk muntah sebagai salah satu proses untuk membuang racun yang telah masuk ke dalam badan. Muntah juga adalah cara terbaik untuk mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam perut kita, bagi bayi muntah susu (possetting/jeluak) adalah kejadian yang biasa bagi bayi. Begitu juga dengan muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan,mabuk perjalanan atau terlebih makan. Namun, jika muntah berlaku yang tiada kaitan dengan sebab di atas,anda perlu memberikan lebih perhatian kepada rangsangan ini kerana tubuh kita sedang memberikan signal bahawa berlaku kerosakan/gangguan pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh kita seperti berikut :
  1. Jangkitan pada otak (meningitis of encephalitis)
  2. Kecederaan/hantukan pada otak
  3. ketumbuhan dalam otak
  4. Usus tersumbat
  5. Jangkitan saluran kencing
  6. Bengkak pada appendiks
  7. Diabetis ketoacodosis(ketiadaan Insulin dalam badan)

AIR
Tubuh badan manusia terdiri daripada 75% air dan 25% bahan pepejal.Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75% air, jika berkurang akan menyebabkan sakit kepala dan pening.Jika badan kita kekurangan air sebanyak 1 hingga 5 % maka badan kita akan memberikan signal rasa dahaga dan jika dibiarkan berlarutan maka badan kita akan demam,berlaku dihidrasi(kurang cairan dalam tubuh),sembelit dll . Badan kita memerlukan banyak air untuk melakukan proses-proses semulajadi tubuh seperti penghadaman, perkumuhan,untuk mengalir darah yang membekalkan nutrien kepada semua organ di dalam tubuh. Keperluan ini juga di dominankan lagi dengan suhu panas dan lembap di negara kita yang menyebabkan kita banyak kehilangan air melalui proses perpeluhan. Tahukah anda?Darah kita mengalir sejauh 96,540 km sehari,proses ini akan terhalang jika kurangnya air di dalam badan. Air bertindak seperti minyak pelincir kepada badan,jika air berkurang maka rosaklah "enjin"dalam badan kita.

Secara keseluruhannya penyakit yang terjadi pada seseorang dapat dikesan melalui beberapa organ luaran yang menggambarkan keadaan organ di dalam badan kita

ORGAN LUAR - ORGAN DALAM
  1. LIDAH - JANTUNG ATAU USUS KECIL
  2. HIDUNG(TERSUMBAT/BERHINGUS - PARU-PARU ATAU USUS BESAR
  3. MATA PUTIH (BERWARNA KUNING) - HATI ATAU PUNDI HEMPEDU
  4. HILANG SELERA MAKAN - LIMPA ATAU PERUT
  5. TELINGA BERDESING - BUAH PINGGANG /GINJAL
Pengambilan ubat kimia akan melumpuhkan potensi signal yang dihantar sehingga berlaku pengabaian dalam pembaikan yang sepatutnya berlaku semulajadi dengan bantuan perubatan herba yang merupakan pelengkap kepada keperluan badan kerana manusia adalah pelengkap kepada ekosistem ciptaan ALLAH SWT.

Banyak di antara kita yang mula merasakan alam semulajadi tiada kaitan dengan kelangsungan hidup kita sedangkan disitulah ubat yang paling berkesan untuk kita yang telah diaturkan ALLAH baik tumbuhan mahupun haiwan yang melata. Contohnya fungsi lintah atau pacat ialah membuang keracunan dalam tubuh badan manusia, buktinya semasa haiwan ini menghisap darah manusia,ia akan memasukkan sejenis cecair hirudin yang bertindak sebagai agen anticoagulant atau pencair darah untuk mencairkan darah sehingga menyebabkan darah beku/pekat kerana kolesterol hasil dari pemakanan akan kembali baik dan perjalanan darah ke seluruh badan menjadi lancar. Air liurnya juga mengandungi 'ubat bius' yang menyebabkan kita tidak menyedari kehadiran mereka yang telah membenamkan taring halus dan mengoyakkan kulit kita. Haiwan kecil ini menjadi lambang kekuasaan ALLAH yang telah menjadikan alam ini saling bergantungan dan memerlukan.

Sebagai Herbalis, diagnosis untuk setiap rangsangan badan adalah satu proses interaksi yang sangat penting dalam proses perawatan. Bahasa tubuh(body langguage)menjadi bahasa yang sangat efektif dalam mengenalpasti penyakit yang sedang membenih di dalam badan pesakit seterusnya merawat dengan teknik yang betul berasaskan Perubatan Jawi sehingga "Biiznillah" dengan izin ALLAH terjadilah kesembuhan.