Assalamualaikum wbt..

Topik kesihatan kita pada kali ini adalah berkenaan dengan bahan pengawet yang sangat meluas digunakan didalam teknologi pemakanan kita hari, terutama di dalam makanan yang tidak tahan lama seperti roti, kek, minuman jus (tin dll), dan banyak lagi makanan yang kita konsumsi sehari-hari.

TARTRAZINE juga boleh dikenali dengan kod E 102 adalah pewarna tiruan yang ada di dalam makanan kita seperti gula-gula, sos, minuman ringan, kordial, makanan sejuk beku, jeli, biskut dan manisan serta ubat-ubatan kimia. Bahan ini juga digunakan di dalam penghasilan produk barangan tembikar,baja, kaca, bahan ceramic, simen, dan lain-lain.

Dr Abram Hoffer di dalam bukunya, Healing Children Attention & Behavior Disorder menyatakan di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 76 orang kanak-kanak yang didiagnos hyperaktif sekurang-kurangnya 79% daripada kumpulan itu menunjukkan reaksi tidak normal akibat pengambilan pewarna tartrazine dicampur dengan benzoate (bahan yang biasa dimasukkan ke dalam makanan). Bahan ini meningkatkan kadar pembuangan Zink melalui proses urinari (Kencing). Apa pula fungsi zink untuk badan kita? Zink penting untuk metabolisme badan kita, membantu sistem kekebalan tubuh dan pencegahan kepada jangkitan patogen (bakteria dan virus) didalam tubuh badan kita. Bahan pengawet ini juga menurunkan kadar zink di dalam darah dan air liur yang seterusnya mengakibatkan kemerosotan kepada tingkah laku kanak-kanak terutamanya.

Kesan penggunaan bahan ini adalah menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktif, athma dan pelbagai reaksi alergi pada kulit (ruam kulit), migrain dan lain-lain. Mengikut beberapa kajian yang dilakukan tartrazine juga boleh menyebabkan kanser.

Jadi berhati-hatilah di dalam pengambilan makanan anda kerana bahan ini masih digunakan secara meluas di Malaysia, bagi negara Norway dan Finland bahan ini adalah terlarang dan disekat di Sweden.

Di Malaysia mungkin boleh diwujudkan Unit khas dikementerian kesihatan yang memantau dari sudut pemakanan ini. Negara memerlukan tenaga produktif yang sihat dan cergas. Jadi, amalkan pemakanan sihat tanpa bahan pengawet.