SANG HERBALIS
Tahukah tuan
Siapakah sang herbalis itu..
Herbalis bukanlah perawat biasa
Dia tidak berada di bilik-bilik rumah sakit
Dia tidak berada di ruang-ruang perkantoran
Sebab...
Dia tidak terkongkong
Dalam ruang dan waktu
Tahukah tuan
Siapa sang herbalis itu...
Dia adalah manusia yang merawat hati
Berbanggalah Tuan-tuan semua yang berstatus Herbalis, mungkin tiada siapa yang sudi mengiktiraf kita, tapi pasti tiada siapa berani menafikan kebolehan kita.
Kita tidak mendabik dada, tapi berusaha untuk jadi yang memahami dan sentiasa memberi..
Di dada Herbalis tersemat utuh pesan Rasul SAW dalam hadith riwayat Abu Daud,Nasaie & Ibnu Majah, "Barangsiapa melakukan pekerjaan tabib sedangkan dia tidak mengerti tentang ilmu ketabiban maka dia harus bertanggungjawab ke atas pesakitnya". Pesan ini memicu sang Herbalis untuk melata di bumi merawat dan mengutip ilmu di segenap bumi yang menawarkan ilmu dan pelajaran.
Dada sang Herbalis seakan disiat rakus andai membiarkan jiwa pesakit merana tanpa bantuan, sang herbalis menerima pesakit tanpa syarat. Itulah sang Herbalis. Aqidahnya menawan hati yang gersangkan kalimat syukur kepada yang Esa.
Herbalis, janganlah lelah menimba ilmu kerana bersama mu adalah beban dakwah yang ditinggalkan oleh yang teralpa. Sambutlah dengan jari-jari ikhlas, genggamlah dengan iltizam dan sebarkanlah dengan saksama ke bumi-bumi yang gersangkan ilmu dan cahaya Islam.
Di telinga sang Herbalis akan terngiang-ngiang pesan Rasul SAW "Aku tinggalkan dua perkara untuk Ummatku berpegang, selama mereka berpegang kepadanya mereka tidak akan tersesat selamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Tingkatkan ilmu, jangan terpedaya dengan ghurur syaitan dan tipuan wang ringgit yang mengabui kerana anda adalah agen perkembangan Thibbun Nabawi.

4 comments:
Subhanallah...
Askm..sbagai merealisasikn kecintaan kpd Nabi yg tercinta, saling-lah bntu-mmbntu untk mmprodukkn ulama pewaris Nabi. Demi melahirkn imam-imam ikutan yg btul2 mewarisi amanah yg dipengang oleh baginda, silalah layari; www.khairuummah77.wordpress.com/pelan
Setiap kita umat islam msti bergabung&bntu-mmbantu dlm mmartabatkan Agama Allah Taala..wslm
Alhamdulillah, semoga usaha yg dilakukan oleh pengkaji-pengkaji herba di tanah air kita spt Herbalis Jawi diberkati Allah. Inilah sebagaimana yg disarankan oleh Ulama Besar nusantara yg mahir dlm pelbagai ilmu, setaraf dgn para ulama antarabangsa di masa beliau, iaitu guru bagi Tuk Kenali yg bernama Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zain AlFathani. Beliau bergelar ‘Asadul Makkah’ (Singa Mekah) kerana kealimannya. Kitab-kitab karangan beliau dlm pelbagai ilmu versi Melayu dan Arab. Begitu mahir dlm ilmu tatabahasa Arab, Feqah dll sehinggakan beliau mengarang syair-syair Arab dlm ilmu Nahu (tatabahasa Arab) dsbgainya.
Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zain pernah bercita-cita dan berdoa supaya Allah memberi hidayat kpd seseorang daripada kalangan anak bangsa untuk menerokai kazanah herba di bumi kita yg tercinta, spt yg tersebut dlm kitab karangan beliau tentang Ilmu Tibb (perubatan) dan ubat-ubatan herba yg berjudul ‘Tayyibul Ihsan Fi Tibbil Insan’ m/s 4, berbunyi:
“ Dan Kami telah harap (menaruh harapan) bhw Allah membuka hati seseorang yg mempunyai hemmah (semangat) yg tinggi, maka dia bersungguh-sungguh mencuba (mengkaji) beberapa pohon kayu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain yg terdapat di bumi Melayu. Dan dia memeriksa (membuat penyelidikan) pada demikian itu (pohon kayu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain yg terdapat di bumi Melayu), maka dia menyurat (buat catitan) beberapa faedah, khasiat, pangkat (status) tabiatnya dan kaifiat (cara) penggunaannya spt yg dilakukan demikian itu oleh Hukama (para cerdikpandai) Yunani….” (nukilan secara sedikit ubahan kpd Bahasa Malaysia Moden).
Keberkesanan tumbuhan hijau Negara kita memang telah terbukti sebagaimana yg saya sendiri pernah melihatnya situasi yg berlaku kpd bapa saya di mana setiap kali apabila membuang air besar, keluar darah bersama najis. Sehinggakan kakak saya seorang doktor telah habis ikhtiar dgn ubatan2 moden dan mengesyorkan supaya diambil sedikit daging di bahagian tempat keluar najis untuk dibuat kajian. Kami tidak bersetuju tindakan sedemikian, hinggalah di beritahu bhw untuk menghilangkan penyakit ini ialah dgn air tanah liat yg diheningkan semalaman serta dicampur dgn ‘Rumput Pahit’ (istilah orang kelantan) yg tumbuh dipadang (campuran yg menyebabkan air tanah liat itu menjadi hijau,dibuat minum). Ianya sangat mujarrab sehinggakan adik saya mengalami penyakit sebegitu yg lebih teruk drp apa yg dialami oleh bapa kami, bahkan kakak saya yg doktor perubatan itu juga yg mengalaminya, disembuhkan dgn herba campuran tersebut.
Kerana itulah, Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zin Al-Fathani menyarankan supaya tumbuhan-tumbuhan di bumi Negara kita dibuat penyelidikan. Inilah keberkatan doa drp Ulama Besar lagi Waliyullah yg dapat kita lihat pada hari ini bhw anak bangsa kita telah bersungguh-sungguh membuat kajian. Alhamdulillah…
Berhati-hati pada ubat-ubatan bahan kimia yg mempunyai kesan sampingan yg ketara, yg mengandungi bahan khinzir dsbgnya dan begitu juga makanan2 yg akan masuk ke dlm tubuh kita, kerana Nabi saw pernah bersabda, mafhumnya: “Setiap daging yg tumbuh/terjadi drp perkara haram, maka neraka-lah tempat yg utama untuknya.”
sekadar coretan…wslm
MasyaALLAH,Subahanallah..pihak kami meminta izin untuk memaparkan comment tuan di muka hadapan semoga menjadi motivasi kepada semua Herbalis,menjadi penguat tulang belakang,menjadi penyuntik adrenalin ke arah merealisasikan Thibbun Nabawi
Post a Comment