Amanat Tuan Haji Ismail untuk staf sempena kursus Staf, 22 feb 2011 Masihi


Kita bermohon keampunan kepada ALLAH pemilik Alam dan pemilik diri kita sendiri atas seribu kekhilafan yang telah dilakukan. Salawat dan slaam khusus untuk Rasulullah SAW, Rasul Akhir Zaman. Sesungguhnya binasalah orang yang menyatakan masih terdapat lagi Nabi selain baginda. Juga binasalah orang yang menolak hadis sebagai panduan dan rujukan hidup.


Setelah saudara-saudari mengikuti kursus yang menguji mental dan fizikal di Paya Pahlawan, perlu diketahui bahawa itu adalah sebahagian kecil riadah yang menuntut kecekalan hati dan kesabarn yang tinggi. Begitulah hidup dalam alam perniagaan yang sepanjang masa memerlukan kecekalan dan kesungguhan, tidak menyerah pada nasib kerana "ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri".(maksud Al-Quran)


Kita sedia mengetahui betapa sukarnya untuk sukses dalam perniagaan kerana itulah ramai yang kecundang untuk bertahan. Biasanya syarikat-syarikat orang Islam boleh bertahan dalam lingkungan 5 tahun sahaja, kenapa? Kerana keupayaan istiqamahnya hanya 5 tahun sahaja. Salah satu faktor yang menjadi sebab ialah kurangya dorongan samaada dari dalam atau dorongan luar.


Bila peniaga-peniaga kita bertemu, mereka lebih suka berbincang tentang bila hendak bercuti lebih banyak dari bila hendak bekerja atau tentang rugi lebih banyak dari bagaimana hendak untung. Dorongan negatif ini menjadi pembunuh semangat dan ketahanan dalaman jika tidak diubah sehingga semua peluang akan nampak seperti halangan.


Sokongan luar juga sangat penting dan inilah peranan kita untuk memberi semangat kepada semua orang berniaga agar mereka terus tabah menekuni bidang ini. Peniaga adalah pencetus kebangkitan ekonomi negara kerana ia akan membuka peluang pekerjaan kepada kita semua. Apabila kita di sektor perniagaan sewajarnya kita memahami corak pekerjaan yang mencabar ini. Ramai yang tidak mampu bertahan dan berhenti bukan kerana tidak gembira bekerja tetapi tekanan perniagaan yang berat dirasakanya.


Namun begitu bagi staf cekal juang, mereka gembira bekerja ditempat yang mencabar ini kerana mereka adalah kumpulan elit yang terpilih untuk membangunkan sebuah perniagaan muslim iaitu HPA. Itulah sebabnya kita mengadakan kursus di Paya Pahlawan, Jitra ini bagi pembinaan mental dan fizikal agar munculnya wibawa pekerja di sektor perniagaan ini khususnya untuk mengembangkan empayar dan misi syarikat. InsyaALLAH.


**Sebuah harapan, sebuah pesanan yang sarat mengandungi ajakan yang terisi pengalaman untuk mengajak semua staf ke arah perjuangan yang sedang beliau perjuangkan. Alhamdulillah, syukur kepada Penguasa Alam raya ini dengan rahmat dan izinnya dapat bernaung di bawah payung HPA.