Assalamualaikum waromatullah hiwabarokatoh,pembuka bicara terindah bagi seorang muslim, lebih indah jika diteliti makna. Ucapan yang pendek tapi memanjangkan umur,ucapan yang ringkas tapi dianugerah berkah.


Baru-baru ini, herbalis berpeluang membaca pelbagai blog-blog yang ada di dalam medan maya ini, cantik dan menarik.. terfikir herbalis macam mana ya caranya nak bagi orang membaca blog kita, tertarik dan meminati sehingga mampu mengubah paradigma mereka. Bagi herbalis yang cetek pengetahuan ini setiap kali mahu menulis maka di sekeliling pasti pelbagai buku rujukan ada di tepi,kiri dan kanan,terkadang atas dan bawah,tanda kepala masih kosong,bimbang bahasa terpesong, cuak fakta mencapah jauh dari kebenaran.



Kata seorang guru herbalis, orang kita kurang minat membaca tapi lebih minat melihat, herbalis terdiam sejenak..betul juga kata guru,beberapa orang teman herbalis bila membaca buku belum sempat 1 muka surat sudah tertidur,lucu melihatnya..seorang lagi teman bila membaca buku 1 helai 1 hari, kerana dia akan memikirkan situasi yang diwujudkan penulis secara serius..kadang-kadang diiringi dengan komentar yang optimis tak kurang yang sinis.




Namun bagi herbalis,kalimat ini..sampaikan..."balli'ghul anni walau 'ayah"sampaikanlah walaupun satu ayat..menjadi seolah satu galakan dikala minda tandus memikir idea, dikala malas meraja..hati ini pasti gundah jika tidak mampu meluangkan masa untuk membaca,alhamdulillah diciptakan seorang manusia berdasarkan fungsinya dan sebaik-baik mukmin adalah yang memberi manafaat kepada orang lain.



InsyaALLAH herbalis akan cuba memuatkan sebanyak mana info yang boleh kita manafaatkan bersama untuk melengkapkan tugasan utama kita di muka bumi sebagai Khalifatullah.