PENA SANG HERBALIS : HAMBA KHALIQ

ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah,kemudian dia menjadikan kamu kuat,setelah itu menjadikan kamu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNYA dan Dialah yang mengetahui lagi Maha kuasa. Ar Ruum : 54

Assalamualaikum wbt..

Topik kesihatan kita pada kali ini adalah berkenaan dengan bahan pengawet yang sangat meluas digunakan didalam teknologi pemakanan kita hari, terutama di dalam makanan yang tidak tahan lama seperti roti, kek, minuman jus (tin dll), dan banyak lagi makanan yang kita konsumsi sehari-hari.

TARTRAZINE juga boleh dikenali dengan kod E 102 adalah pewarna tiruan yang ada di dalam makanan kita seperti gula-gula, sos, minuman ringan, kordial, makanan sejuk beku, jeli, biskut dan manisan serta ubat-ubatan kimia. Bahan ini juga digunakan di dalam penghasilan produk barangan tembikar,baja, kaca, bahan ceramic, simen, dan lain-lain.

Dr Abram Hoffer di dalam bukunya, Healing Children Attention & Behavior Disorder menyatakan di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 76 orang kanak-kanak yang didiagnos hyperaktif sekurang-kurangnya 79% daripada kumpulan itu menunjukkan reaksi tidak normal akibat pengambilan pewarna tartrazine dicampur dengan benzoate (bahan yang biasa dimasukkan ke dalam makanan). Bahan ini meningkatkan kadar pembuangan Zink melalui proses urinari (Kencing). Apa pula fungsi zink untuk badan kita? Zink penting untuk metabolisme badan kita, membantu sistem kekebalan tubuh dan pencegahan kepada jangkitan patogen (bakteria dan virus) didalam tubuh badan kita. Bahan pengawet ini juga menurunkan kadar zink di dalam darah dan air liur yang seterusnya mengakibatkan kemerosotan kepada tingkah laku kanak-kanak terutamanya.

Kesan penggunaan bahan ini adalah menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktif, athma dan pelbagai reaksi alergi pada kulit (ruam kulit), migrain dan lain-lain. Mengikut beberapa kajian yang dilakukan tartrazine juga boleh menyebabkan kanser.

Jadi berhati-hatilah di dalam pengambilan makanan anda kerana bahan ini masih digunakan secara meluas di Malaysia, bagi negara Norway dan Finland bahan ini adalah terlarang dan disekat di Sweden.

Di Malaysia mungkin boleh diwujudkan Unit khas dikementerian kesihatan yang memantau dari sudut pemakanan ini. Negara memerlukan tenaga produktif yang sihat dan cergas. Jadi, amalkan pemakanan sihat tanpa bahan pengawet.


Assalamualaikum waromatullah hiwabarokatoh,pembuka bicara terindah bagi seorang muslim, lebih indah jika diteliti makna. Ucapan yang pendek tapi memanjangkan umur,ucapan yang ringkas tapi dianugerah berkah.


Baru-baru ini, herbalis berpeluang membaca pelbagai blog-blog yang ada di dalam medan maya ini, cantik dan menarik.. terfikir herbalis macam mana ya caranya nak bagi orang membaca blog kita, tertarik dan meminati sehingga mampu mengubah paradigma mereka. Bagi herbalis yang cetek pengetahuan ini setiap kali mahu menulis maka di sekeliling pasti pelbagai buku rujukan ada di tepi,kiri dan kanan,terkadang atas dan bawah,tanda kepala masih kosong,bimbang bahasa terpesong, cuak fakta mencapah jauh dari kebenaran.



Kata seorang guru herbalis, orang kita kurang minat membaca tapi lebih minat melihat, herbalis terdiam sejenak..betul juga kata guru,beberapa orang teman herbalis bila membaca buku belum sempat 1 muka surat sudah tertidur,lucu melihatnya..seorang lagi teman bila membaca buku 1 helai 1 hari, kerana dia akan memikirkan situasi yang diwujudkan penulis secara serius..kadang-kadang diiringi dengan komentar yang optimis tak kurang yang sinis.




Namun bagi herbalis,kalimat ini..sampaikan..."balli'ghul anni walau 'ayah"sampaikanlah walaupun satu ayat..menjadi seolah satu galakan dikala minda tandus memikir idea, dikala malas meraja..hati ini pasti gundah jika tidak mampu meluangkan masa untuk membaca,alhamdulillah diciptakan seorang manusia berdasarkan fungsinya dan sebaik-baik mukmin adalah yang memberi manafaat kepada orang lain.



InsyaALLAH herbalis akan cuba memuatkan sebanyak mana info yang boleh kita manafaatkan bersama untuk melengkapkan tugasan utama kita di muka bumi sebagai Khalifatullah.

About this blog

About Me

Sebarang Persoalan atau permasalahan bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di HPA TRAINING,IT & MULTIMEDIA. Semua Maklumat yang dipaparkan dirujuk dari Perubatan Jawi(sumber utama) dan pelbagai sumber

Followers

Search