Alhamdulillah kuliah Iridologi untuk Agen Stok telah diadakan secara percuma. Subahanallah menyingkap ilmu ini adalah satu bidang yang akan menyedarkan kita bahawa jika kita mahu beriman cukup sekadar melihat apa yang ada di tubuh badan kita, malah pasti tidak akan habis.


Ilmu iridologi yang mengkaji tentang pancaindera mata yang cuma dua biji yang di kurniakan oleh ALLAH. Ilmu ini dikaji oleh ilmuan barat yang bernama Ignaz Von Peczely dari Budapest,Hungary. Beliau dikatakan telah mengenali ilmu ini daripada seekor burung Hantu yang dijumpai patah kakinya. Beliau dapat mengesan perubahan pada Iris mata burung hantu tersebut, bermula dari situ beliau membuat penelitian sehingga menghasilkan carta yang pertama. Bagaimanapun carta ini disusun kembali oleh Dr.Bernard Jensen setelah meneliti 350 ribu mata . Ilmu ini dikaji sehingga terhasil satu ilmu mengenali penyakit dan keadaan organ tubuh melalui iris mata.

Di dalam kaedah ilmu ini ia dapat mengindikasikan perkara-perkara berikut:
1. konstitusi tubuh (lemah atau kuat)
2. Kadar stress seseorang
3. Tingkat kesihatan manusia
4. Potensi kesihatan kita
5. Keperluan tubuh badan
6. Keperluan nutrisi tubuh
7. Penumpuan Racun
8. Kekuatan saraf
9. Reaksi tubuh terhadap pengubatan
10. Paras asam lambung
11. Kelainan pada usus besar

Sebagai seorang herbalis, ilmu ini adalah satu lapangan ilmu yang menghidangkan sebuah keinsafan yang bakal membuahkan kesyukuran kepada ALLAH.