Assalamualaikum wbt kepada semua Herbalis,Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi perasmian menara HPAiC sebagai mercu tanda kejayaan kita bersama telah selesai, sejuta kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Kelangsungan perniagaan yang berkonsepkan perjuangan ini mendapat sokongan yang begitu baik,buktinya sampai saat ini HPAiC tidak pernah berhenti dikunjungi walaupun masih banyak kekurangan yang sedang dipenuhi oleh pihak pengurusan. Syukur Alhamdulillah.


Matlamat menjadikan HPAiC sebagai Pusat Ilmu akan direalisasikan dengan pengemblengan tenaga dari semua pihak. Masyarakat Shah Alam juga sudah boleh menerima kehadiran kumpulan "Radix" di sana. Kakitangan HPA dengan imej bertudung labuh hitam,berjubah hitam tidak lagi dipandang pelik seperti mana di awal kehadiran kami.

Sokongan daripada PJS dan ahli sangat baik di dalam memacu penyebaran Produk Halal di kota besar ini. Alhamdulillah pihak pengurusan HPA akan cuba memberikan perkhidmatan terbaik ke arah merealisasikan cita-cita memartabatkan Thibbun Nabawi