BERAS PERANG, suatu herba yang bermanaafaat besar namun disisihkan didalam pengambilan diet seharian. Pengalaman herbalis menikmati makanan ini di Pulau Tuba,Langkawi yang ternyata cukup enak dan lazat cumanya anda perlu memasak dengan kaedah yang betul. Sepanjang 4 hari menjejaki herba di pulau yang indah itu kami di beri peluang menikmati keenakan beras ini disamping khasiatnya dalam membantu penduduk sekitarnya menjaga kesihatan mereka.

Beras Perang mudah dikenali dengan warnanya yang agak berbeza daripada beras putih biasa yang kita gunakan sehari-hari. Perbezaan beras ini dengan beras putih biasa ialah ia tidak melalui proses pengilatan dan dibuang kulit ari-arinya. Beras ini mempunyai keseimbangan dan sangat baik digunakan di dalam perawatan.

Beras yang dituai dikupas kulitnya dan akan menampakkan lapisan dedak yang kaya dengan zat yang baik untuk tubuh badan kita. Khasiat sebenar beras terkandung didalam lapisan dedak dan embrio padi itu sendiri.

Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Kelebihan yang dapat dikenalpasti terkandung di dalam beras perang adalah ia mengandungi mineral magnesium yang bertindak sebagai bahan anti pengaratan di dalam tubuh badan, mengekalkan berat badan yang ideal, mengandngi selenium dan fiber sebagai anti kanser, menurunkan kolesterol dalam badan, juga sangat baik untuk wanita yang menopouse dan mengurangi penyakit kencing manis jenis tahap ke 2.

Jelas pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah. Justeru itu kata Lombart, beras perang sebenarnya wajar diambil oleh golongan remaja, dewasa mahupun warga emas. Ini kerana khasiat yang terkandung dalam beras perang menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung.

“Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.

“Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

“Kajian ke atas 74,000 wanita mendapati 49 peratus wanita yang mengambil beras perang tidak menghadapi masalah obesiti,” katanya.

Pihak HPA menyediakan beras perang dan juga beras organik untuk keperluan diet seharian. Sebagai herbalis yang menjadikan ubat sebagai makan inilah herba asas yang utama untuk disinergikan dengan herba lain yang kita ambil.