Sedar atau tidak kita dikelilingi herba, cukup untuk mencarinya di dapur kita dan Subahanallah manafaatnya sangat banyak untuk keperluan seisi keluarga. Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum L bersifat panas dan kering pada tingkat keempat. Ia memanaskan dengan kuat dan sangat mengeringkan, sangat bermanafaat untuk orang yang mempunyai masalah badan sejuk(dingin). Baunya juga merangsang untuk membuka selera makan.

BAHAN AKTIF
Bahan aktif yang terkandung di dalam herba ini antaranya adalah alisin, aliin, enzim allinase, asam nikotinat,allithiamin, besi, belerang,kreatin, kuprum,fosfor,saponin,kalsium,kalium,niasin, protien,vitamin A,B1 (thiamine),B2(riboflavin),vitamin C dan Vitamin D dan pelbagai bahan aktif yang melengkapkan potensi herba ini.
KHASIAT DAN MANAFAAT

Bawang putih mempunyai pelbagai khasiat antaranya menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan darah,berfungsi sebagai antibiotik, antioksidan, mencegah pembekuan darah, menurunkan kadar kolesterol, menurunkan paras gula di dalam darah, menstimulasikan sistem Imuniti, memanaskan badan, melancarkan pembuangan air kencing,dan lain-lain.



Sistem Pencernaan

Herba ini sangat baik untuk membantu pencernaan, kerana herba ini jika dimakan mentah akan merangsang merembes air liur untuk membantu pepsin (enzim pencernaan protien) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam badan. Herba ini sangat membantu perembesan enzim untuk proses pencernaan makanan yang kita ambil. Zat thiamine berfungsi untuk mencegah sembelit.
Pencegah Kardiovaskular

Herba ini berfungsi menurunkan kadar LDL di dalam darah, dan menghalang pembentukan plak di jantung,jadi pengambilan herba ini sebagai pencegahan kepada penyakit kardiovaskular.
Untuk fungsi penjagaan diri, getah bawang putih dikatakan sangat baik untuk tumit kaki yang pecah, caranya dengan menggosokan bawang putih yang telah dikupas di bahagian yang merekah, insyaALLAH tumit juga akan menjadi lembut. Herba ini juga sangat baik untuk luka yang bernanah,dengan menempelkan bawang putih yang telah dilumatkan ke luka yang telah bernanah, atau mencuci luka dengan bawang putih, namun rasanya sedikit pedih kerana bahan aktif aliisin berfungsi sebagai antibiotik yang menghalang pembentukan kulit,kuman dan bakteria.


Herba ini juga sangat baik untuk mengubati arterioclerosis,arthritis,asma, kanser, masalah peredaran darah, selsema, insomnia, sinusitis(Resdung) dan jangkitan kulat.
Namun, perlu di ingat Herba ini tidak boleh diambil oleh mereka yang menggunakan mesin Hemodialisis.