Keliru dengan makanan yang diambil?Apa yang menyebabkan badan semakin berasid sedangkan saya sudah mengambil herba. Untuk kupasan kali ini mari kita kenali makanan yang kita ambil sama ada berasid atau beralkali. Apa pula kesannya kepada badan kita? Para herbalis perlu mengingatkan pesakit tentang fakta bahawa 80% daripada penyakit bermula daripada Usus. Pastinya terlebih dahulu kita perlu melihat kepada pemakanan yang di masukkan ke dalam usus.



Kebanyakkan daripada pesakit yang ditemui di dapati mempunyai kadar asid yang tinggi dalam badan kerana faktor pemakanan yang tidak seimbang. Diagnos melalui kaedah iridologi herbalis boleh mengenal melalui garis ANW(Autonomic Nerve Wreath) akan kelihatan kesan kandungan asid yang tinggi dalam badan. Diagnos melalui tapak tangan juga akan dapat mengesan kandungan asid urik di dalam badan.



Menurut Dr Ragnar "Setiap orang memerlukan hidangan makanan yang terdiri daripada 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali". Sifat badan kita bergantung kepada makanan yang kita ambil dalam gizi pemakanan seharian. Badan yang sihat adalah sedikit beralkali (pH 7.3 ke 7.4). Kajian menunjukkan bahawa badan yang beralkali lebih mempunyai daya tahan tubuh yang tinggi di dalam melawan penyakit. Badan yang mengandungi kadar asid yang tinggi di dalam urea mempunyai kadar penyembuhan pelbagai penyakit adalah rendah berbanding badan yang mempunyai kadar asid yang rendah dalam urea mereka.



Badan beralkali adalah sistem pertahanan badan yang pertama di dalam badan kita. Badan yang terlalu berasid akan mempercepatkan proses penuaan, menurunkan sistem Imuniti(pertahanan badan), mudah jatuh sakit dan kemerosotan kepada sistem badan.

MAKANAN BERASID
Makanan ini akan mengalami proses asimilasi semasa pencernaan sehingga menghasilkan asid yang tinggi jika diambil secara berlebihan. Keadaan ini diburukkan lagi jika pesakit mengalami penurunan fungsi hati yang bertindak mencernakan lemak yang masuk ke dalam badan.



* Daging

* Ikan

* Ayam

* Udang

* Roti

* Tepung


Makanan dalam bentuk sayur-sayuran membekalkan alkali dalam badan. Buah-Buahan juga mempunyai nilai alkali yang tinggi disamping zat lain yang dibekalkan, contohnya fibre ataupun serat di dalam buah sangat membantu proses pencernaan dan sekaligus mengelakkan berlakunya sembelit dan buasir. Spirulina juga merupakan sumber alkali yang cukup tinggi untuk badan.

Oleh itu pengambilan herba, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat baik untuk menentukan paras asid di dalam badan. Pemakanan seimbang adalah sangat memberi kesan kepada tubuh badan baik dalam badan. Seimbang disini bermaksud memenuhi semua keperluan serat yang diperlukan oleh tubuh.