Secara umum,tulang mempunyai 26 disc dari tengkuk hingga ke pinggang,iaitu 12 di bahagian toraks atau dada,7 di bahagian tengkuk dan 5 di bahagian tulang lumbar atau tulang belakang pada bahagian pinggang.

Kenalpasti sakit yang dialami, jika sakit dengan rasa tidak selesa berlangsung untuk beberapa hari, mungkin kesakitan anda tidak serius. Namun anda perlu prihatin andai ianya berlarutan untuk tempoh yang panjang hingga melebihi enam minggu diikuti rasa sengal dan kebas di seluruh bahagian kaki. Anda mungkin sedang mengalami disc tergelincir (spinal disc herniated/prolapsed) di bahagian tulang belakang.

Bagaimana disc tergelincir berlaku?
Sakit di tulang belakang terbahagi kepada dua jenis iaitu spinal disc herniated/prolapsed dan spondylosis. Spinal Disc Herniated atau disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc intervertabral). Disc intervertabral boleh diumpamakan sebagai sekeping tulang lembut yang berada di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalam tisu ini terkandung sejenis bahan yang lembut disebut (nucleus polposus).

Apabila berlaku kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan berlaku kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya ia akan menjadi bengkak dan seringkali pecah pada disc intervertabral. Pembengkakan yang berlaku ini akan menekan urat saraf di belakangnya,lebih serius lagi apabila annulus fibrosus pecah dan mengeluarkan isinya (nucleus polposus) dan menekan urat saraf. Tisu yang mengandungi bahan ini (nucleus polposus) adalah bahan yang bersifat inflammatori (peradangan). Apabila ini berlaku pesakit akan merasai kesakitan yang teramat sangat dan merebak hingga ke kaki. Pesakit juga akan merasa kebas dan lemah kaki.

Apakah fungsi disc intervertebral ini?
Disc intervertebral berfungsi sebagai penyerap hentakan apabila kita melakukan aktiviti seharian samaada melompat atau hentakan. Disc intervertebral juga boleh berlaku di bahagian lain seperti leher tetapi kes yang biasa berlaku adalah di pinggang.
Tulang belakang mempunyai fungsi yang sangat besar di dalam keseluruhan pergerakan dan sistem yang ada di dalam badan. ALLAH melengkapkan saraf tunjang ini dengan fungsi yang luar biasa hebat sehingga untuk beriman kepada ALLAH cukup dengan melihat di tubuh badan kita sahaja. InsyaALLAH kita akan membincangkan lagi kaitan di antara tulang belakang dan semua organ yang ada di dalam tubuh kita.InsyaALLAH.