PENA SANG HERBALIS : HAMBA KHALIQ

ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah,kemudian dia menjadikan kamu kuat,setelah itu menjadikan kamu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNYA dan Dialah yang mengetahui lagi Maha kuasa. Ar Ruum : 54

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana esok kita akan meyambut hari kelahiran Nabi kita,Kekasih ALLAH,pemimpin kita dan pasti satu-satunya pemegang kuasa Syafaat di akhirat nanti.Esok tanggal 12 Rabiulawal 1431 H akan tersingkap kembali kenangan kelahiran Rasulullah SAW yang memadamkan Api sembahan penganut Majusi, menumbangkan berhala-berhala yang mengeliligi Kaabah dan kelahiran bayi mulia ini menjadi bualan para malaikat di langit. Peristiwa yang berlaku pada tahun 570 Masihi yang sinonim dengan panggilan tahun Gajah itu pasti akan kembali berputar di fikiran kita.
Lakaran pengorbanan baginda pasti memaksa air mata menitis tanpa dipinta,kerana jasa Baginda maka kita dapat menerima cahaya keislaman dan mengecap nikmat Iman dan Islam.

“Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

Untuk para Herbalis,anda adalah penyambung kepada warisan ilmu tinggalan Baginda,Perubatan Thibbun Nabawi yang kita sedang dokongi ini. Semoga kita turut dapat menghayati dan mengamalkan akhlak Baginda dan komited dalam perjuangan ini. Berikut beberapa amalan yang boleh kita amalkan dan banyak lagi amalan yang lain.

Puasa.
Tentang keutamaan puasa disebutkan dalam suatu riwayat: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari ini (kelahiran Nabi saw), Allah mencatat baginya seperti berpuasa satu tahun..”

ziarah kepada Nabi Nabi saw
Membaca doa ziarah Nabi saw minal bu’di, ziarah dari kejauhan (dari selain kota Madinah Al-Munawwarah).

Melakukan shalat sunnah dua rakaat.
Setiap rakaat sesudah Fatihah membaca surat Al-Qadar (10 kali) dan surat Al-Ikhlash (10 kali).

Memuliakan hari ini
bersedekah, berbuat kebajikan dan membahagiakan orang-orang mukmin, serta berziarah ke kuburan-kuburan suci para kekasih Allah swt.

Pelbagai lagi amalan Baginda yag boleh kita ikuti bukan sahaja pada hari kelahiran beliau tetapi juga sepanjang hidup kita tanda terima kasih dan cinta kita kepada Rasulullah SAW.

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

InsyaALLAH semoga sambutan kali ini menambahkan ketaqwaan kita kepada ALLAH SWT.

SINERGI YANG BERKESAN

Dipetik dari blog karangan Tuan Hj Ismail Hj Ahmad

Seseorang pesakit perlu diberikan herba yang betul mengikut herba khas untuknya seperti darah tinggi diberikan Vitex,Kencing Manis diberikan Plantisol dll(mengikut sakit yang dideritai). Namun begitu sinergi sangat-sangat diperlukan bagi menjadikan perawatan itu berkesan. Dalam hukum sinergi perlu dimasukan herba ubatan seperti dibawah:-
1. Vitamin C - Ianya amat perlu membolehkan herba itu berkesan cth roselle.
2. Pelawas - Bagi mendapat kesan penggunaan herba yang berkesan,usus perlu bersih dengan menggunakan kapsul pelawas,teh asiatika atau teh herba.
3. Madu - menguatkan semua herba yang digunakan bersamanya dengan kehaziran enzim.
4. Omega 3 - produk ikan yang akan mengandakan kekuatan herba 13 kali ganda
5. Mengkudu - ubatan tidur bagi membolehkan herba bertindak lebih efektif.

Jadi jika mahu lakukan sinergi tambahkan dengan herba-herba seperti diatas.InsyaAllah berkesan. Anda boleh menambah lagi 2 lagi sinergi iaitu herba untuk jantung(habatussauda’)dan herba untuk ginjal/buah pinggang (malac). Inilah keinstimewaan perubatan jawi InsyaAllah.Amin.

TAMBAHAN DARI HERBALIS JAWI
Kaedah sinergi di atas perlu diketahui oleh semua herbalis kerana perawatan yang tepat pasti akan menyembuhkan. Keistimewaan herba HPA yang diperkenalkan melalui Perubatan Jawi adalah sebagai synergistic herb yang bertujuan untuk :
 menambahkan potensi herba
mengurangi kekerasan herba
mempercepatkan keberkesanan herba
menghilangkan kesan sampingan

Kaedah ini mengingatkan kita kepada satu kaedah yang diajar dalam Perubatan Jawi dimana jika lalat hinggap didalam minuman anda,maka celupkan badannya ke dalam minuman nescaya hilanglah racunnya, kerana pada satu sayap lalat terdapat racun dan sebelah sayap lagi mengandungi penawar. Sungguh sempurna ciptaan ALLAH.

Formula mudah untuk anda ikuti di dalam kaedah synergistic herb ini adalah seperti berikut:
HERBA UTAMA + VITAMIN C + NUTRISI + SUMBER IKAN + COLON CLEANSING + DEEP SLEEPING + RIADAH

CONTOHNYA :
VITEX + ROSSELLE + MADU + OMEGA 3+ TEH HERBA + MENGKUDU + RIADAH = SIHAT DENGAN IZIN ALLAH

Sinergi ini sangat mudah diikuti,walaupun anda baru mengenali herba, kombinasi formula di atas pasti dapat membantu anda dalam mengkonsumsi herba. Perubahan pada badan anda akan dapat anda rasai dengan mengikut formula di atas. Kini, mengambil herba bukanlah sesuatu yang rumit untuk anda. Ingat formula ini,pasti anda sudah boleh jadi perawat yang baik walau di mana anda berada.

Mungkin ada sesetangah daripada kita yang mengambil herba bertanyakan soalan ini samaada dalam diri,kepada teman dan keluarga. Usah risau,berjumpalah dengan herbalis anda,pasti anda akan dapat jawapan bagi persoalan anda. Bagi anda yang baru mengambil herba sebaik-baiknya anda berjumpa dengan herbalis untuk mendapatkan cadangan,rundingan,kaedah pengambilan herba yang betul supaya herba yang diambil berkesan malah tidak memudaratkan diri anda. Seperti juga kita berjumpa doktor, untuk mengetahui kaedah pengambilan ubat dalam kuantiti yang betul dan masa yang tepat serta mengikut peraturannya.

Seorang herbalis terlebih dahulu perlu tahu tentang karakter pesakit semasa mencadangkan ubat yang diambil supaya proses penyembuhan dan konsultasi berlaku dengan baik. Langkah ini penting kerana dari segi psikologinya,setiap manusia akan memberikan respon yang baik jika dia merasa selesa dengan perawatnya.

SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN
MASALAH “MIND SET”
Percaya atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai diantara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.

TEKANAN ATAU STRESS
Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda,kerana itulah orang yang stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat kepada kita.

PENGAMBILAN AIR YANG TIDAK MENCUKUPI
Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix,air kordial Rossele atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari,sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan,pengawalan suhu badan,pencernaan dan semua aktiviti badan.

Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda, tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa saja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mee, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter untuk perempuan dan 2.5 liter untuk lelaki dalam sehari. Bagi pengambilan herba diuretic(mengaktifkan buah pinggang untuk pengeluaran air kencing) keperluan air putih sangat perlu dititik beratkan. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.

PENGAMBILAN YANG TIDAK BERTERUSAN
Seperti yang anda semua sedia maklum,herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Kerana setiap penyakitan yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit asthma,penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak,pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama,jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.

PENGIKATAN DAN PEMBUANGAN
Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba,jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi,rebusan dan lain-lain. Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan,kerana itulah sangat penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.

DOS YANG TIDAK MENCUKUPI
Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi,ia tidak
akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang diambil).

MEROKOK
Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun penghidu(perokok pasif).

OMEGA 3 merupakan sejenis asid lemak tidak tepu yang terdiri daripada gabungan DHA, EPA dan Asid Lenolenik. DHA – Docosahexaenoic Acid dan EPA- Eicosapentaenoic Acid terdapat dalam banyak sumber ikan seperti tuna, tenggiri biru, sardin, belut, cencaru, salmon dan trout. Asid Lenolenik juga terdapat dalam minyak sayuran seperti kacang soya dan bunga matahari. DHA berfungsi menguatkan ingatan dan meningkatkan keupayaan belajar seseorang . EPA menolong mencegah kanser, trombosis (pembekuan darah), menurunkan tekanan darah, mengurangkan plasma lipid dan mengelakkan penyakit jantung.

Dr Carl Lavie,ahli kardiologi New Orleans menyarankan supaya orang sihat perlu mengambil sekurang-kurangnya 500mg EPA dan DHA setiap hari untuk memastikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh mencukupi. Bagi pengidap penyakit kardiovaskular, Dr Carl mengesyorkan untuk mengambil 800mg setiap hari bagi memenuhi keperluan nutrien tubuh.

Kulit kering dan melecet juga mungkin disebabkan oleh kekurangan omega 3 dalam badan bukan sepenuhnya disebabkan oleh cuaca. Minyak essensial yang terdapat dalam omega 3 juga boleh menjamin rambut yang cantik kerana ia membekalkan nutrien yang optimum kepada rambut. Ia juga menurunkan kadar tekanan darah.

BAGAIMANA DHA BERFUNGSI DI DALAM OTAK
Kebanyakan DHA yang diambil tidak disalurkan terus ke perut dan usus sebaliknya diserap terus ke dalam darah dan dihubungkan ke organ-organ seperti hati, otak dan jantung.
Sebahagian daripada EPA juga boleh ditukarkan kepada DHA dan diambil oleh otak secara pilihan. DHA dihubungkan dengan cepat oleh organ-organ yang terlibat dalam pemindahan maklumat kepada sel-sel saraf dalam otak. Bilangan sel saraf tidak akan bertambah selepas kelahiran sebaliknya akan mengalami kekurangan dengan peningkatan umur seseorang. Namun sel-sel saraf dapat memindahkan maklumat atau memori kepada sel saraf yang lain melalui bahantara (dendrit) yang mempunyai keupayaan menerima dan menyampaikan maklumat kepada sel saraf yang lain. Pertumbuhan dendrit dapat dicetuskan melalui pelbagai rangsangan dan DHA ialah komponen yang diperlukan.

BAGAIMANA EPA BERFUNGSI DI DALAM TUBUH
Omega 3 juga dapat mengawal penyakit jantung koronari dan beberapa penyakit lain seperti trombosis ialah salah satu punca penyakit jantung koronari.Kajian terhadap orang Eskimo di Greenland mendapati mereka kurang risiko untuk mendapat penyakit jantung kerana diet yang kaya dengan Omega 3. Unsur utama dalam darah orang Eskimo ialah EPA yang akan mencegah pembekuan darah. Pengambilan makanan yang kaya omega 3 akan menolong menurunkan LDL (Low Density Lipoprotin) ialitu kolesterol buruk dan meningkatkan HDL (High Density Lipoprotin) iaitu kolesterol baik. LDL menjadi punca penyakit jantung dan darah tinggi dan HDL menolong mencegah penyakit berkenaan.

FAKTA EPA DALAM OMEGA 3
Ujian menunjukkan pengambilan minyak ikan 20 ml sehari untuk 7 tahun dan 10 ml untuk tahun berikutnya menyebabkan aras HDL meningkat dan LDL menurun dengan tetap.Ini menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi . Omega 3 juga menghalang berlakunya ‘arterosklerosis’ iaitu pembentukan lemak dalam pembuluh darah. Omega 3 juga berkesan untuk penyakit radang seperti radang sendi dan asma.
Kajian juga mendapati ia baik untuk mencerah penglihatan, mengawal migrain, meningkatkan kesuburan lelaki dan mencegah barah.
BOLEHKAH OMEGA-3 MEMBANTU PENGLIHATAN
Retina memerlukan DHA yang banyak, oleh itu kekurangannya bolehmenjejaskan penglihatan. lanya boleh dilihat di dalam kes disleksia -masalah pembelajaran kerana disebabkan ketidakbolehan mengenal ayat-ayat bertulis. kadangkala terdapat pertukaran visual di antara ayat-ayat dan huruf-huruf oleh pesakit. laporan oleh pengkaji british mengemukakan bahawa pesakit yg menerima 480 mg DHA menunjukkan pembaikan dalam masa sebulan (the lancet; stordy et. al, 5th aug 1995). DHA juga membantu di dalam penyakit 'retinitis pigmentosa' - penyakit keturunan pada retina. ini menyebabkan masalah penglihatan seperti buta pada malam hari, penyempitan skop penglihatan dan kehilangan penglihatan.
Di dalam sinergi herba dalam Perubatan Jawi,omega 3 softgel sangat digalakkan untuk diambil bersama herba lain untuk mengoptimumkan potensi herba yang diambil. Sebagai Herbalis rekomandasi herba ini sebagai sinergi semasa perawatan perlu dilihat sebagai penting. Produk keluaran syarikat yang bersumberkan ikan antaranya ialah king solomon,mega 3 kapsul selain daripada Omega 3 softgel sendiri.

TULANG MANUSIA

Tubuh badan kita adalah satu rangkaian sistem saraf yang saling berkaitan dan berhubung. "Pangkalan data"yang paling tepat dan cepat memberikan tanda/simptom apabila berlakunya kerosakan/gangguan pada jaringan sel kerana otak kita mengandungi lebih kurang 100 bilion sel saraf. Jadi proses interaksi yang berlaku dalam badan kita adalah konsisten dan tidak tertanding dengan teknologi tercanggih ciptaan manusia. Jadi tiada sebab untuk kita berpaling dari pencipta kita,ALLAH SWT kerana bukti kekuasaanNYA mendarah daging dalam badan kita.

KULIT
Tubuh badan kita sangat cepat memberikan rangsangan dan tanda kepada kita kerana tubuh badan kita dilindungi oleh kulit yang bertindak sebagai pemisah di antara badan dan persekitaran luar. Kulit adalah organ homeostasis (mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman tubuh) yang membantu badan untuk memberi signal kepada organ dalaman semasa beradaptasi dengan persekitaran luar. Contohnya persekitaran panas-badan akan berpeluh, apabila badan tersentuh benda panas,kulit di cubit,terkena pisau dan lain-lain. Ini berlaku kerana sel kulit kulit mempunyai reseptor-reseptor yang sangat sensitif kepada apa sahaja serangan-serangan pada tubuh.

MUNTAH
Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi racun akibat daripada proses bakteria (makanan basi) maka otak akan memberikan signal kepada badan untuk muntah sebagai salah satu proses untuk membuang racun yang telah masuk ke dalam badan. Muntah juga adalah cara terbaik untuk mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam perut kita, bagi bayi muntah susu (possetting/jeluak) adalah kejadian yang biasa bagi bayi. Begitu juga dengan muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan,mabuk perjalanan atau terlebih makan. Namun, jika muntah berlaku yang tiada kaitan dengan sebab di atas,anda perlu memberikan lebih perhatian kepada rangsangan ini kerana tubuh kita sedang memberikan signal bahawa berlaku kerosakan/gangguan pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh kita seperti berikut :
  1. Jangkitan pada otak (meningitis of encephalitis)
  2. Kecederaan/hantukan pada otak
  3. ketumbuhan dalam otak
  4. Usus tersumbat
  5. Jangkitan saluran kencing
  6. Bengkak pada appendiks
  7. Diabetis ketoacodosis(ketiadaan Insulin dalam badan)

AIR
Tubuh badan manusia terdiri daripada 75% air dan 25% bahan pepejal.Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75% air, jika berkurang akan menyebabkan sakit kepala dan pening.Jika badan kita kekurangan air sebanyak 1 hingga 5 % maka badan kita akan memberikan signal rasa dahaga dan jika dibiarkan berlarutan maka badan kita akan demam,berlaku dihidrasi(kurang cairan dalam tubuh),sembelit dll . Badan kita memerlukan banyak air untuk melakukan proses-proses semulajadi tubuh seperti penghadaman, perkumuhan,untuk mengalir darah yang membekalkan nutrien kepada semua organ di dalam tubuh. Keperluan ini juga di dominankan lagi dengan suhu panas dan lembap di negara kita yang menyebabkan kita banyak kehilangan air melalui proses perpeluhan. Tahukah anda?Darah kita mengalir sejauh 96,540 km sehari,proses ini akan terhalang jika kurangnya air di dalam badan. Air bertindak seperti minyak pelincir kepada badan,jika air berkurang maka rosaklah "enjin"dalam badan kita.

Secara keseluruhannya penyakit yang terjadi pada seseorang dapat dikesan melalui beberapa organ luaran yang menggambarkan keadaan organ di dalam badan kita

ORGAN LUAR - ORGAN DALAM
  1. LIDAH - JANTUNG ATAU USUS KECIL
  2. HIDUNG(TERSUMBAT/BERHINGUS - PARU-PARU ATAU USUS BESAR
  3. MATA PUTIH (BERWARNA KUNING) - HATI ATAU PUNDI HEMPEDU
  4. HILANG SELERA MAKAN - LIMPA ATAU PERUT
  5. TELINGA BERDESING - BUAH PINGGANG /GINJAL
Pengambilan ubat kimia akan melumpuhkan potensi signal yang dihantar sehingga berlaku pengabaian dalam pembaikan yang sepatutnya berlaku semulajadi dengan bantuan perubatan herba yang merupakan pelengkap kepada keperluan badan kerana manusia adalah pelengkap kepada ekosistem ciptaan ALLAH SWT.

Banyak di antara kita yang mula merasakan alam semulajadi tiada kaitan dengan kelangsungan hidup kita sedangkan disitulah ubat yang paling berkesan untuk kita yang telah diaturkan ALLAH baik tumbuhan mahupun haiwan yang melata. Contohnya fungsi lintah atau pacat ialah membuang keracunan dalam tubuh badan manusia, buktinya semasa haiwan ini menghisap darah manusia,ia akan memasukkan sejenis cecair hirudin yang bertindak sebagai agen anticoagulant atau pencair darah untuk mencairkan darah sehingga menyebabkan darah beku/pekat kerana kolesterol hasil dari pemakanan akan kembali baik dan perjalanan darah ke seluruh badan menjadi lancar. Air liurnya juga mengandungi 'ubat bius' yang menyebabkan kita tidak menyedari kehadiran mereka yang telah membenamkan taring halus dan mengoyakkan kulit kita. Haiwan kecil ini menjadi lambang kekuasaan ALLAH yang telah menjadikan alam ini saling bergantungan dan memerlukan.

Sebagai Herbalis, diagnosis untuk setiap rangsangan badan adalah satu proses interaksi yang sangat penting dalam proses perawatan. Bahasa tubuh(body langguage)menjadi bahasa yang sangat efektif dalam mengenalpasti penyakit yang sedang membenih di dalam badan pesakit seterusnya merawat dengan teknik yang betul berasaskan Perubatan Jawi sehingga "Biiznillah" dengan izin ALLAH terjadilah kesembuhan.

Tampil cantik dan menarik adalah idaman setiap wanita, ia bertepatan dengan fitrah yang telah ALLAH anugerahkan kepada semua wanita. Anugerah istimewa inilah menjadikan corak rumah tangga dalam Islam indah,berseri dan membahagiakan hasil dari gabungan idea dan dekorasi yang terhasil dari cetusan buah fikiran wanita. Cantik,elegan,menarik,menawan adalah cetusan rasa yang pasti terzahir dari bibir apabila pancaindera kurniaan Si Pemilik Cantik memandang sesuatu yang memikat hati. Apabila seseorang gadis dipuji dengan kata-kata seperti "Awak cantiklah", maka akan menguntumlah senyuman dibibir dan berbungalah hatinya.

Begitulah fitrah wanita yang tidak pernah bosan untuk menjadi cantik dan kelihatan cantik. sudah menjadi adat manusia seronok apabila dipuji,kecewa apabila dikeji. Tetapi berbeza bagi wanita mukminah, dia akan merasa kerdil untuk berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Malahan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan ALLAH kerana cantik itu adalah pinjaman dan pasti dipertanyakan di akhirat kelak. Pasti dibenaknya akan bergema firman ALLAH SWT dalam surah An-Nahl ayat 53 :

"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu,maka daripada ALLAHlah (datangnya) dan
apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan,maka hanya kepadaNYA kamu meminta pertolongan"

Cantiknya wanita mukminah adalah kerana pakaian malu yang dipakai setiap masa samaada semasa mengerjakan urusan dunia mahupun dalam melunaskan tuntutan bekalan akhiratnya. Lantaran sifat malu itu lahir daripada jiwa yang takut kepada ALLAH dan seksaanNYA. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sifat malu dan iman adalah seiringan. Jika salah satu ditinggalkan,maka kedua-duanya akan hilang." (HR. Baihaqi)

Di dalam agama Islam yang syumul lengkap disediakan petua-petua untuk menjadikan wanita cantik lagi menarik, tambah indah lagi apabila kita yang bergelar muslimah bersama-sama berusaha melengkap diri untuk menjadi Muslimah Solehah yang cantik dan menarik. Berikut disertakan beberapa petua untuk tatapan dan panduan bersama :
  • Jadikanlah Ghaddul Basor (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata',nescaya mata menjadi semakin jernih
  • Sapukan 'lipstik kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis
  • Gunakanlah 'pemerah pipi' yang diperbuat daripada rasa malu dan iman
  • Pakailah 'sabun Istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan
  • Rawatlah rambut dengan 'Hijab Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan
  • Hiasilah kedua-dua tangan dan jari dengan 'Gelang Tawadhuk' dan 'Cincin Ukhuwwah'.
  • Sebaik-baik kalung untuk kita adalah kalung 'kesucian'
  • Bedakkanlah wajah kita dengan 'air wudhuk',nescaya wajah kita bukan sahaja putih tetapi bercahaya di akhirat.

Adab-adab sosial yang ditunjukkan Islam adalah untuk menjaga kemuliaan keluarga dan seterusnya masyarakat dan akhirnya negara. Islam menggariskan peraturan untuk wanita bukan untuk menyiksa tetapi untuk menjaga kemuliaan wanita itu sendiri kerana "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita Solehah" begitulah gambaran dari Rasulullah SAW tentang wanita cantik yang solehah.


Berbahagialah kita jika berjaya memiliki 'perhiasan asli' ini kerana jalan kita pasti akan terpimpin ke syurga. Maha suci ALLAH yang telah memuliakan wanita, maka basahkan bibirmu dengan zikrullah kerana yang pasti syurgalah tempatmu.
Sabda Rasulullah SAW," Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin,kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang disebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya,patahlah ia dan sekiranya kamu membiarkannya,kekallah ia dalam keadaan bengkok,oleh itu tolonglah kamu menasihati para wanita dengan sebaik-baiknya."

(HR Bukhari,Muslim & Abu Hurairah)

Alangkah indah misi memperjuangkan produk HALALAN TOYYIBA,dilengkapkan pada diri si peniaganya hiasan akhlak wanita solehah yang pastinya menjadi value added yang nilai matanya tertulis di Luh Mahfuz menunggu tuntutan bonus syurga daripada ALLAH pemilik Gedung Niaga seluruh alam semester. Amin

About this blog

About Me

Sebarang Persoalan atau permasalahan bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di HPA TRAINING,IT & MULTIMEDIA. Semua Maklumat yang dipaparkan dirujuk dari Perubatan Jawi(sumber utama) dan pelbagai sumber

Followers

Search