PENA SANG HERBALIS : HAMBA KHALIQ

ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah,kemudian dia menjadikan kamu kuat,setelah itu menjadikan kamu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNYA dan Dialah yang mengetahui lagi Maha kuasa. Ar Ruum : 54

BAGAIMANA USUS BERFUNGSI

Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan" sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).

Mulut - Penghadaman akan bermula sebelum makanan memasuki mulut. Bau makanan akan merangsang air liur. Inilah sebabnya mengapa air liur akan keluar apabila anda lalu di hadapan sebuah kedai biskut. Penghasilan air liur akan bertambah apabila anda mula menggigit makanan. Air liur yang mengandungi enzim seperti amilase akan menyumbang kepada proses kimia penghadaman, iaitu proses yang memecahkan nutrien kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, serta membantu menjadikan makanan lebih lembut dan mudah ditelan.

Esofagus - Dari mulut, makanan akan melalui esofagus, suatu tiub sepanjang 10 inci. Makanan akan ditolak ke dalam perut menerusi pergerakan peristalsis (pergerakan seakan ombak) oleh dinding esofagus yang berotot. Makanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk sampai ke perut setelah ditelan.

Perut - Anda boleh menganggap perut sebagai pusat pemproses makanan badan. Ia akan menggaul, mengisar dan melumatkan semua makanan di dalam perut. Apabila makanan digaul, perut akan menghasilkan jus gastrik, yang mengandungi asid hidroklorik, bagi membantu penghadaman. Pada kebiasaannya, makanan akan tinggal di dalam perut selama 4 jam. Persekitaran berasid perut (pH 1 hingga 2) akan membolehkan makanan menjadi cecair pekat yang boleh dihadam dan diserap dengan mudah.

Usus Kecil - Dari perut, makanan akan melalui usus kecil. Jangan terpedaya dengan perkataan 'kecil' ini kerana usus kecil anda sebenarnya melebihi 6 meter panjang. Ia merupakan tempat utama bagi penyerapan nutrien. Pada permukaan usus kecil terdapat struktur seakan jari yang dikenali sebagai 'vili' dan pada permukaan vili ini pula terdapat struktur yang seakan jarum. Struktur vili yang unik ini akan menambah luas permukaan usus kecil dan membolehkan penyerapan nutrien yang lebih baik. Apabila dibentangkan, luas permukaan usus kecil anda adalah sebesar satu gelanggang tenis. Penyerapan bermula apabila molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah. Aliran darah akan membawa molekul- molekul halus ini ke bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk menjalani penukaran kimia yang seterusnya menjadi nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk meneruskan kehidupan.

Usus Besar- Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.

Hati - Hati menghasilkan hempedu, sejenis bahan penghadaman yang memecah lemak dan meneutralkan asid makanan. Hempedu akan dihantar ke pundi hempedu untuk disimpan.

Pundi Hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila terdapat kehadiran makanan.

Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.

Walau bagaimanapun, sistem penghadaman tidak mampu melaksanakan semua tugas-tugas ini dengan sendiri. Sebagai contoh, tidak semua makanan yang kita makan boleh dihadam. Untuk tujuan ini, tubuh memerlukan bantuan tambahan - ia memerlukan bakteria.


RAMAI tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.

Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram makanan setiap tahun!

Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem penghadaman. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Kita perlu ingat bahawa keadaan sistem penghadaman seseorang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan. Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penghadaman dan penyerapan nutrien, malah turut merupakan sebahagian daripada sistem imun dan saraf. Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan sistem penghadaman kita!


Misai kucing boleh didapati di Malaysia, Indonesia, China dan lain- lain.
Cirinya
Tumbuhan ini tumbuh tegak, pada bahagian bawah berakar di bahagian bukunya, tinggi 1-2 m, batang segi empat dan agak beralur, berbulu pendek. Daun tunggal, berbulu halus, tepinya bergerigi kasar tak teratur, kedua permukaan berbintik-bintik karena ada kelenjar minyak atsiri. Bunga berupa tandan yang keluar di ujung cabang, warna ungu pucat atau putih (ada yang warna biru dan putih), benang sari lebih panjang dari bunga. Tumbuh di dataran rendah dan daerah pertengahan.
Ia tumbuh di negara atau tempat beriklim sederhana yang mempunyai ketinggian tempat 500 hingga 900 meter dari paras laut. Bahagian yang digunakan boleh meliputi seluruh tumbuhan, basah atau kering (Pengeringan semulajadi).
Komposisi
Manis sedikit pahit, sejuk, anti-inflammatory (anti radang), Menggalakan pembuangan air kecil(diuretic), menghancurkan batu saluran kencing. Kandungan kimianya pula ialah orthosiphon glikosida, zat samak, minyak atsiri, minyak lemak, saponin, sapofonin, garam kalium, myoinositol.

Kelebihan dan kegunaan
1. jangkitan pada Buah Pinggang (Acute dan chronic nephritis), infeksi pundi kencing (Cystitis).
2. Gaot (Gout arthritis).
3. Menggalakan pembuangan air kencing (Diuretic).
4. Menghilangkan panas dan lembab.

SIREH


Nama tempatan : Sireh
Nama Saintifik : Piper betle L.
Kegunaan : Dalam perubatan jawi digunakan untuk bahan untuk anti bakteria dan anti virus di dalam produk Lady Cheer.

1) Digunakan untuk mengubati disentri, bronchitis, reumatik, bengkak-bengkak badan dan menghilangkan badan yang berbau.

2) Jus yang diperolehi daripada hancuran daun dititiskan ke dalam mata untuk mengubati penyakit mata. Jika diminum dapat mengubati penyakit gonorea(kencing bernanah).

3) Daun dikunyah dan disapu pada hidung dapat menyembuhkan ulser hidung.

4) Air rebusan daun digunakan untuk menyembuhkan membran mukus dalam mulut atau hidung.

5) Daun yang dipetik dari bahagian berhampiran dengan akarnya disapukan pada ulser dan luka kerana daun tersebut tidak mempunyai jus yang banyak dan ia memberi kesan yang lebih baik.

6) Daun dipanggang digunakan untuk mengubati penyakit asma dan batuk.

7) Daun ditumbuk dengan sedikit garam dan dicampur air lalu disapu di bahagian yang terkena air panas untuk mencegah daripada melecur.

8) Meminum jus daripada 1-2 helai daun yang ditumbuk dapat menghilangkan sakit perut.

9) Untuk awet muda, daun sireh dan rizom kunyit digiling dan dicampur air asam jawa. Diminum setiap hari bagi mendapatkan kesan yang lebih baik.

10) Untuk perancangan keluarga, daun sireh dan daun kunyit digiling dan dicampur dengan air asam jawa. Hasil campuran diminum dan sisa ditampal pada perut selepas tempoh haid.

11) Daun dicelur(diseduh) dengan air panas, airnya digunakan untuk menghilangkan bau busuk dari mulut dengan cara berkumur,menghentikan pendarahan gusi pada gusi yang baru dicabut giginya, penyakit keputihan dengan menggunakan air tersebut untuk membilas.

12) Daun sireh dihangatkan di atas api dan ditempatkan pada payudara untuk mengurangkan pengeluaran air susu berlebihan.Daun ini juga sangat baik untuk melancarkan proses pencernaan

KEAJAIBAN MADU LEBAH

Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (QS. An-Nahl, 16:68)


Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu dengan bentuk heksagonal. Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan bentuk geometris lain. Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan mereka menyimpan madu dalam jumlah maksimum dengan menggunakan bahan yang paling sedikit. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat. Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antara lebah yang sukar untuk dipercayai.

Setelah menemui sumber makanan, lebah pemandu yang bertugas mencari bunga untuk menghasilkan madu terbang lurus ke sarangnya. Ia memberitahukan kepada lebah-lebah yang lain arah sudut dan jarak sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian khusus. Setelah memperhatikan dengan seksama isyarat gerak dalam tarian tersebut, akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui posisi sumber makanan tersebut dan mampu menemuinya tanpa kesukaran.

Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika membina sarang. Mereka mula membina sel-sel tempat menyimpan madu dari sudut- sudut yang berbeza, seterusnya hingga pada akhirnya mereka bertemu di tengah. Setelah pekerjaan selesai, tidak nampak adanya ketidakserasian ataupun pembetulan pada sel-sel tersebut. Manusia tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa pengiraan geometris yang rumit; akan tetapi lebah melakukannya dengan sangat mudah. Fenomena ini membuktikan bahwa lebah diberi petunjuk melalui "ilham" dari Allah swt sebagaimana firman Allah dalam surat An-Nahl ayat 68 di atas.

Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali lebih banyak dari yang mereka perlukan. Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala pengiraan secara terinci ini menghasilkan madu secara berlebihan adalah agar manusia dapat memperoleh manfaat dari madu yang mengandung "ubat bagi manusia" tersebut. Allah menyatakan tugas lebah ini dalam Al-Qur'an:
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl, 16:69)"

Tahukah anda tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga yang mungil ini?
Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsi lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, sodium dan zink dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Sebagaimana firman Allah, madu adalah "ubat yang menyembuhkan bagi manusia".
Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para cendikiawan yang bertemu pada World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China. Dalam perjumpaan tersebut dibincangkan pengubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para pengkaji Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengubati berbagai penyakit.

Seorang doktor berasal dari Rumania mengatakan bahawa ia cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 dari 2094 pesakitnya sembuh sama sekali.Para doktor dari Polandia juga mengatakan dalam perjumpaan tersebut menyatakan bahawa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit seperti buasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lain.



Apakah melatonin? Hormon melatonin (N-acetyl-5-metoksitriptamin) adalah konduktor dari seluruh hormon yang ada di dalam tubuh manusia yang berfungsi untuk mengatur dan menjaga keharmonian kerja mereka(hormon), sehingga menjaga keteraturan metabolisme sel, mempertahankan efisyensi kerja sel, membuat sel tidak mudah rosak dan meningkatnya daya tahan sel terhadap berbagai gangguan dari luar . Hormon terhasil daripada kelenjar pineal(sebuah kelenjar sebesar kacang tanah yang terletak di antara kedua sisi otak) penghasilan hormon ini dipacu oleh gelap(tanpa cahaya). Hormon ini juga dikenali sebagai jam biologi tubuh. Hormon ini mengatur circadian bioritme atau irama semulajadi tubuh yang menjaga edaran masa 24 jam dalaman tubuh.

Hormon ini tidak dikeluarkan pada waktu siang hari. Hormon ini akan mengalir apabila matahari mulai redup sehingga jam 2 pagi. Hormon ini akan memberikan signal mengantuk kepada badan,dan proses pembaikan sel akan berlaku semasa tidur. Kepentingan melatonin pada tubuh badan manusia adalah sebagai agen pemulihan dan pembaikan sel (menstrukturkan kembali sel-sel yang telah mati akibat daripada aktiviti seharian), tonik otak, menurunkan tekanan darah,menambahkan imuniti badan,mengawal ketidakseimbangan emosi dan mood,serta antioksidan alami. meningkatkan sistem reproduktif. Dari sudut ini,melatonin mengawal masa merembeskan hormon reproduktif bagi wanita. Ia juga menentukan corak menstruasi wanita baik dari segi kekerapan,tempoh ,dan kitaran menstruasi sehinggalah masa menopause seseorang wanita.

Penghasilan hormone ini sangat aktif pada orang muda dan akan menurun bila usia mencapai 40 tahun. Gangguan penghasilan melatonin juga berlaku jika badan sangat terdedah kepada gelombang elektromagnetik yang berlebihan. Simptom ini dapat dikenalpasti melalui keluhan-keluhan seperti sakit kepala,pening, keletihan yang akhirnya boleh membawa kepada stress dan kesan yang lebih teruk kepada badan.

Di Amerika Syarikat, insomnia(gejala sukar tidur)dihidapi oleh 1orang dari 10 orang dewasa ,sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengambil ubat melatonin yang dihasilkan daripada kelenjar pineal binatang dan juga melatonin sintetik(bahan kimia).

Suasana bilik tidur yang baik adalah sangat penting kepada tubuh badan untuk mendapatkan deep sleeping,keberkesanan herba sangat tergantung kepada deep sleeping pengamal herbanya. Seorang herbalis perlu memastikan bilik tidur mereka dilengkapi dengan perkara-perkara berikut:
1) lampu garam bukit(untuk membaiki ion-ion negative di udara)
2) bauan aromaterapi(untuk memerangkap oksigen dan menenangkan)
3) tataan warna bilik yang tenang dan mendamaikan
4) tidak mempunyai alat-alat yang menghasilkan gelombang elektromagnetik(tv dan komputer)
5) lingkungan fizik yang menenangkan(tiada bunyi keretapi.mesin dari kilang dll)
6) mengamalkan pola tidur Rasulullah SAW
Herba akan diserap oleh badan dan menjadi pemacu kepada nutrisi yang diperlukan oleh badan. Berikut adalah cadangan herba yang sesuai untuk mendapatkan deep sleeping :
1) kapsul mengkudu
2) kapsul Deep C
3) susu suam
4) madu suam
5) kapsul puraria/rebusan
6) Eq Minda
7) herba rendaman kaki
8) tuam garam bukit(tulang belakang).

SELAMAT DATANG KE BLOG HERBALIS JAWI
ANDA YANG MELAYARI BLOG INI AKAN MENDAPAT
MAKLUMAT BERKENAAN HERBA JAWI.

About this blog

About Me

Sebarang Persoalan atau permasalahan bolehlah berhubung terus dengan pihak kami di HPA TRAINING,IT & MULTIMEDIA. Semua Maklumat yang dipaparkan dirujuk dari Perubatan Jawi(sumber utama) dan pelbagai sumber

Followers

Search